Connect with us

Oh! Media

Senang Dibawa, Lip Care Water Colour 2 Dalam 1 Mampu Lembapkan Bibir Dengan Variasi Warna Menawan!

Lipbalm jaga bibir

Branded

Senang Dibawa, Lip Care Water Colour 2 Dalam 1 Mampu Lembapkan Bibir Dengan Variasi Warna Menawan!

Antara barangan wajib ada dalam setiap beg wanita semestinya pelembap bibir dan lipstik. Kalau tak ada 2 barang ni, rasa macam tak tentu arah, betul tak? 

Mana taknya, setiap kali lepas makan atau minum air, mesti korang akan pakai semula pelembap atau lipstik untuk melembapkan bibir dan mengekalkan bibir yang mungil.

Kadang-kadang kalau terlupa nak bawa kedua-dua barangan ini, kawan-kawanlah yang akan menjadi mangsa untuk korang pinjam dan gunakan. 

Daripada bersusah-payah penuhkan beg bawa dua barangan ini, apa kata korang bawa satu produk saja yang mempunyai dua fungsi sama seperti lipstik dan pelembap bibir iaitu Water Colour daripada Mentholatum. 

Tahan Lebih Lama, Water Colour Buat Bibir Kelihatan Lebih Mungil

Untuk pengetahuan, Water Colour sangat sesuai digunakan untuk setiap wanita tak kira usia sebab ia membantu meningkatkan warna bibir dalam masa yang sama mengekalkan rupa semula jadi bibir. 

Selain melembapkan bibir, ia juga memberikann warna dan kelembapan yang lebih lama. Jadi, korang tak perlu lagi nak touch up banyak kali!

Apa yang best dengan Water Colour ni adalah selain mempunyai warna semula jadi dan tekstur lembut, ia juga diperbuat dengan 10 bahan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan tau. Wow, menarik!

Kebanyakan pakar kecantikan approved dan menjadikan Water Colour sebagai produk wajib ada dalam alat solek sebab ia dapat memudahkan lagi urusan mereka sebagai jurusolek. 

Nak tahu apa yang lagi best? Water Colour ni dapat menjimatkan lebih banyak masa ketika korang bersolek tau sebab ia bukan saja beri kelembapan berpanjangan, malah ia juga beri full coverage pada bibir dengan hanya satu sapuan saja. Pergh, terbaiklah!

Menariknya, Water Colour mempunyai pelbagai warna menawan antaranya Charming Red, Sugar Coral dan Sweet Pink yang mana kesemua warna ini sangat sesuai dengan kulit orang Asia. 

Dengan variasi warna ini, ia akan menyerlahkan penampilan korang agar kelihatan lebih berani, klasik dan comel!

Paling penting, setiap warna yang ditawarkan sesuai untuk penampilan yang berbeza tau seperti: 

Charming Red sesuai untuk majlis parti sambutan

Sugar Coral sesuai untuk penampilan bekerja atau sebagai pelajar

Sweet Pink sesuai untuk kasual atau outfit bersenam

Kalau korang melancong, tak perlu beratkan beg solekan dengan membawa produk penjagaan bibir dan lipstik! Hanya perlu bawa Water Colour saja sebab ia mempunyai manfaat sama seperti kedua-dua produk tersebut. 

Lagi best, Water Colour sangat selesa untuk digunakan tak kira dalam apa jua cuaca serta ia akan menonjolkan lagi tesktur licin pada bibir korang. 

Water Color LipCare, Produk Penjagaan Bibir Terbaik!

Dengan Water Colour, korang dah tak perlu penuhkan beg dengan membawa dua produk penjagaan bibir berlainan sebab Water Colour menyediakan kelebihan yang sama seperti kedua-dua produk tersebut. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Mentholatum LipCare atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas