Connect with us

Oh! Media

Sempena Bulan Jantung Sedunia, NESTLÉ OMEGA PLUS ‘Ajak’ Rakyat Malaysia Berjalan

Oh! Lifestyle

Sempena Bulan Jantung Sedunia, NESTLÉ OMEGA PLUS ‘Ajak’ Rakyat Malaysia Berjalan

Sempena Bulan Jantung Sedunia yang disambut pada setiap September, NESTLÉ OMEGA PLUS mengajak rakyat Malaysia untuk aktif berjalan menerusi kempen Walk A Million Miles (WAMM) yang memasuki edisi keempat.

ADVERTISEMENT

Sebagai jenama yang komited mempromosikan kesihatan jantung, NESTLÉ OMEGA PLUS sentiasa berada di hadapan dengan pelbagai inisiatif bertujuan meningkatkan kesedaran risiko kolesterol tinggi.

Sasar Penyertaan Tertinggi

Tahun ini, mereka meneruskan misi mempromosikan kesihatan jantung dengan tema ‘Langkah Bersama, Jantung Dijaga’, dengan menyasarkan penyertaan terbesar.

Kemuncak inisiatif ini, NESTLÉ OMEGA PLUS sekali lagi akan menyumbangkan RM100,000 Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Institut Jantung Negara (IJN) tambahan kepada jumlah RM300,000 yang telah pun disumbangkan dalam tiga edisi Walk A Million Miles sebelum ini.

NESTLÉ OMEGA PLUS Walk A Million Miles telah menjadi lebih besar dan tahun ini, kami berharap mencapai tahap lebih tinggi sekali lagi bersama rakyat Malaysia dengan berjalan, semua demi memutuskan belenggu kolesterol tinggi,”- Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad.

Masyarakat Malaysia Berkolesterol Tinggi. Takutnya!!!

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kolesterol tinggi adalah faktor utama yang menyebabkan risiko penyakit jantung dan ia menjejaskan lebih daripada 8 juta dewasa di Malaysia.

Lebih membimbangkan apabila ramai rakyat Malaysia masih tidak menyedari bahawa ancaman kolesterol tinggi tidak mengenal umur, jantina, atau berat badan, dan ia boleh menimpa sesiapa sahaja.

Di Malaysia, 4 daripada 10 dewasa mempunyai kolesterol tinggi, hampir separuh daripadanya berada di bawah usia 40 tahun. Bahkan 1 daripada 4 orang dengan kolesterol tinggi tidak menyedari keadaan kondisi mereka.

Malaysia kini menghadapi peningkatan kematian akibat penyakit jantung, dengan kira-kira 60 kematian setiap hari.

Pada sesiapa yang berminat untuk menyertai WAMM, anda boleh mendaftar untuk cabaran ini di aplikasi BookDoc yang dimuat turun secara percuma dari App Store atau Google Play Store.

Peserta boleh menyertai secara percuma atau mengambil pilihan berbayar hanya RM30 dan mendapatkan jersi penamat dan produk serta baucer NESTLÉ apabila mencapai 150,000 langkah.

Dengan penyertaan berbayar, peserta berpeluang untuk memenangi hadiah menarik apabila mencapai 300,000 langkah atau mencatatkan jumlah langkah tertinggi mingguan.

Tahun ini, WAMM mempunyai elemen kolaboratif, di mana peserta boleh membentuk kumpulan di aplikasi BookDoc yang membolehkan mereka mengikuti kemajuan satu sama lain.

Peserta dapat menyertai aktiviti taman awam yang berlangsung di seluruh Malaysia pada hujung minggu menjelang 1 September, di mana mereka boleh berkumpul untuk berjalan kaki bersama dan menebus hadiah menarik.

Tarikh dan lokasi khusus boleh dilihat di https://www.dearnestle.com.my/nop-walk-a-million-miles-2023.

Untuk maklumat lanjut mengenai Walk A Million Miles 2023 dan NESTLÉ OMEGA PLUS, sila layari https://www.dearnestle.com.my/nop-walk-a-million-miles-2023 atau Facebook Nestle Omega Plus.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas