Connect with us

Oh! Media

Jadi Pembunuh Senyap! 1 Daripada 2 Dewasa Malaysia Tak Sedar Ada Kolestrol Tinggi

Ohmedia nestle Walk

Oh! Lifestyle

Jadi Pembunuh Senyap! 1 Daripada 2 Dewasa Malaysia Tak Sedar Ada Kolestrol Tinggi

Kolesterol tinggi sering disebut sebagai pembunuh senyap. Ia tidak menunjukkan gejala spesifik, tetapi kesannya boleh membawa kepada sesuatu yang lebih membahayakan, seperti meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, di mana makanan segera menjadi pilihan dan tekanan adalah teman harian, penting untuk difahami peranan kolesterol dalam kesihatan kita. Sama ada anda muda atau tua, cergas atau bergelut dengan berat badan, kolesterol tinggi boleh menjadi kebimbangan untuk semua orang.

NESTLÉ OMEGA PLUS® Anjur Walk A Million Miles- Pupuk Kesedaran Kesihatan Jantung

Ohmedia whatsapp image 2024 09 01 at 13921 pm

Bulan September merupakan Bulan Jantung Sedunia yang disambut pada 1 September.

Di Malaysia, penyakit jantung mula menjadi pembunuh senyap yang kini memberi kesan kepada golongan muda. Terutamanya disebabkan tahap kesedaran yang rendah.

IKLAN

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi 2023, 1 daripada 3 orang dewasa Malaysia mempunyai kolesterol tinggi dan lebih mengejutkan separuh daripadanya tidak menyedari keadaan mereka kerana mereka kelihatan sihat dari segi luaran.

Itulah sebabnya penting untuk setiap daripada kita mengamalkan diet yang sihat, senaman dan buat pemeriksaan jantung secara berkala.

Penyakit Jantung – Ancaman Senyap yang Berbahaya

Pencegahan awal adalah kunci utama dalam usaha memerangi penyakit jantung. Kesihatan jantung, yang sering terabai, harus menjadi keutamaan semua, tanpa mengira umur atau gaya hidup. Penyakit jantung kini kekal menjadi punca utama kematian pramatang di Malaysia.

NESTLÉ OMEGA PLUS® terus menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah proaktif dalam pengurusan tahap kolesterol, yang merupakan faktor kritikal dalam penjagaan kesihatan jantung.

Perubahan ringkas kepada rutin harian seperti diet seimbang dan senaman kerap, serta pengambilan dua gelas NESTLÉ OMEGA PLUS® setiap hari, boleh memberi kesan positif yang ketara kepada kesihatan jantung.

Setiap tahun NESTLÉ OMEGA PLUS® akan menganjurkan NESTLÉ OMEGA PLUS® Walk A Million Miles bagi mengalakkan rakyat Malaysia memulakan langkah pertama ke arah jantung yang lebih sihat.

Ohmedia whatsapp image 2024 09 01 at 13926 pm 1
Ohmedia whatsapp image 2024 09 01 at 13926 pm 2

Pada 1 September, NESTLÉ OMEGA PLUS® Walk A Million Miles 2024 telah dilancarkan di Taman Tasik Metropolitan dengan kehadiran peserta berbilang bangsa.

Semasa acara itu, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti pemeriksaan kesihatan, latihan pertolongan cemas dan lain-lain lagi.

Kumpul 1 Juta Langkah- Sumbang RM100K Untuk Yayasan Jantung

Ohmedia whatsapp image 2024 09 01 at 13927 pm
Ohmedia whatsapp image 2024 09 01 at 13929 pm
Ohmedia whatsapp image 2024 09 01 at 13930 pm

Tapi bukan itu saja, setiap tahun NESTLÉ OMEGA PLUS® turut mempunyai matlamat tersendiri dan ingin memberi kembali kepada masyarakat yang memerlukan.

Tahun ini, NESTLÉ OMEGA PLUS® Walk A Million Miles 2024 menyasarkan kolektif satu juta batu langkah atau bersamaan dengan 1609344 kilometer.

Setiap langkah yang dikira, NESTLÉ OMEGA PLUS® akan menderma RM100,000 kepada yayasan jantung terpilih iaitu Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF)

Pada yang berminat, boleh buat pendaftaran di BookDoc dan mulakan langkah anda hari ni.

Rendahkan Kolestrol Dengan NESTLÉ OMEGA PLUS®

Ohmedia whatsapp image 2024 09 01 at 22353 pm

Selain gaya hidup sihat, NESTLÉ OMEGA PLUS® juga dapat membantu merendahkan kolestrol dalam badan.

Caranya dengan mengamalkan NESTLÉ OMEGA PLUS® 2 gelas sehari. Ini kerana NESTLÉ OMEGA PLUS® mengandungi Articol® yang membantu merendahkan kolestrol dalam darah dengan menghalang penyerapan kolestrol dari usus.

Maklumat lanjut tentang NESTLÉ OMEGA PLUS® layari, www.nestle.com.my/brands/dairy/nestle-omega-plus.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas