Connect with us

Oh! Media

Selalu Menyambal? Doktor Ini Kongsi Cara Nak Hilangkan Pijar Tangan!

pijar tangan

Oh! Lifestyle

Selalu Menyambal? Doktor Ini Kongsi Cara Nak Hilangkan Pijar Tangan!

Selalu kalau masuk dapur, bila nak masak kena pegang cili padi atau segala jenis cili, mesti tangan akan pijar kan? Kadang-kadang rasa macam malas nak masak apa-apa yang berkaitan dengan cili sebab taknak tangan pijar!

ADVERTISEMENT

Haa siapa selalu kena macam ni? Kalau korang kena, apa yang korang buat? Lalukan tangan yang pijar tu dekat air je kan?

Korang tahu tak sebenarnya ada banyak cara untuk hilangkan pijar dan cuci tangan dengan air sahaja tak mencukupi!

Menerusi perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebooknya, ada beberapa cara untuk hilangkan pijar di tangan. Menurutnya, ramai pesakit yang datang ke klinik kerana pijar tangan dan kesalahan mereka adalah mencuci dengan air saja.

Kalau korang nak tahu, tangan kita pijar sebab cili yang kita pegang tu mengandungi capsaicin. Sebatian capsaicin ini yang akan merangsang reseptor deria sakit. Bila kena kulit, kita akan rasa pijar dan kalau kena lidah, kita rasa pedas!

Menurut Dr. Kamarul, capsaicin ni tak larut air, jadi kalau kita cuci dengan air saja, memang susah untuk capsaicin ni tanggal dari kulit kita. Apa yang korang boleh buat ialah cuci tangan menggunakan minyak atau lemak kerana capsaicin larut dengan dua bahan ini!

Jadi, lepasni kalau tangan korang pijar, ikut je cara-cara di bawah ni okay!

1. Susu

Okay yang pertama, korang boleh cuba guna susu! Senang je kan nak cari susu? Hehe. Susu ni berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Lepas korang dah cuci tangan guna susu, boleh bilas je dengan air sabun! Senang kan?

2. Minyak

Kalau tak ada susu, korang boleh pakai minyak masak je! Guna je apa-apa minyak yang ada dekat rumah tu sebab minyak dapat mencairkan capsaicin. Lepas sapu tangan dengan minyak, bilas je dengan air sabun. Hilang la rasa pijar tu nanti! Hehe.

3. Cuka

pijar tangan

Selain dari susu dan minyak, cuka pun salah satu pilihan yang korang boleh cuba! Capsaicin ni kalau korang nak tahu, ia bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Kalau taknak guna cuka sebab bau dia yang agak ‘tak sedap’, korang boleh je guna air asam, perahan limau ataupun sos tomato!

4. Alkohol

pijar tangan

Okay capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi, boleh je korang cuba gunakan sanitizer yang berasaskan alkohol untuk cuci tangan yang pijar tu! Tapi jangan guna sikit je, kena guna banyak, baru la hilang pijar tu.

5. Losyen

pijar tangan

Akhir sekali cara yang dikongsikan oleh Dr Kamarul adalah larutkan capsaicin dengan menggunakan losyen yang berasaskan minyak. Lepas sapu losyen, korang kena bilas tangan dengan air sabun untuk buang balik losyen yang dah dicemari capsaicin tadi.

Senang kan semua cara-cara ni? Kalau tak ada semua bahan-bahan ni, korang boleh juga gunakan tuala, berus, garam atau hampas kelapa untuk gosok tangan korang! Haa mesti pelik kan sebab apa? Sebabnya, capsaicin pun boleh ditanggalkan menggunakan geseran! Sangatlah mudah semua cara-cara yang dikongsikan oleh Dr Kamarul ni.

Sebelum ni, hanya mampu tahan je sakit pijar tu sampai la dia hilang sendiri. Tapi, dengan tips-tips yang dikongsikan ni, dah tak perlu tunggu lama-lama, terus larutkan capsaicin yang dah terkena tangan tadi dengan bahan-bahan yang dikongsikan! Hilang terus pijar dekat tangan.

Semoga tips ini dapat membantu semua wanita dan jejaka yang selalu ke dapur dan pijar tangan! Haha, selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas