Connect with us

Oh! Media

Sayang Nak Buang Bantal Busuk? Ini 5 Bahaya Yang Korang Wajib Tahu..

Oh! Lifestyle

Sayang Nak Buang Bantal Busuk? Ini 5 Bahaya Yang Korang Wajib Tahu..

Seakan tangkal azimat, bantal busuk sememangnya dimiliki oleh hampir setiap individu. Kalau tak ada bantal ini, memang susah betul nak tidur bukan?

ADVERTISEMENT

BACA: Kota London Bercahaya Terang Sambut ‘Ramadan Lights’, Pertama Kali Dalam Sejarah!

Tetapi, bantal busuk ini sebenarnya mempunyai bahaya yang tersendiri. Eh, biar betul? Jom kita tengok!

Bahaya bantal busuk

1. Timbul masalah kulit

bantal

Bantal busuk yang tidak pernah dibasuh mempunyai banyak debu dan habuk yang tertinggal. Ini mengakibatkan kulit badan merengsa lalu menimbulkan masalah kulit seperti jerawat dan jeragat. Jadi, tolong kerap-kerap cuci bantal busuk korang tau!

2. Gangguan tidur

bantal

Kulat yang tumbuh pada bantal busuk boleh menyebabkan gangguan tidur seperti masalah apnea tidur obstruktif (pernafasan terhenti ketika tidur). Jadi jangan main-main ye dengan bantal busuk ini, boleh undang bahaya juga tau!

3. Penyakit akut

bantal

Kulat bernama aspergillus fumigatus mampu menyebabkan masalah kesihatan seperti aspergillosis. Penyakit ini boleh mengundang maut jika terkena pada penderita leukemia dan HIV/AIDS.

4. Alahan pada badan

bantal

Hama atau pepijat kecil yang muncul pada bantal busuk boleh mencetuskan alahan pada badan. Hal ini menyebabkan seseorang individu mendapat mata merah dan gatal, hidung berair, asma, lelah serta gangguan pernafasan.

5. Punca kematian

bantal

Bakteria seperti staphylococcus aureus di bantal busuk boleh menyebabkan jangkitan staph yang mengakibatkan kematian. Malah, bakteria seperti bacteroides pula boleh menyebabkan jangkitan radang paru-paru dan apendiks.

Wuish, banyak juga bahaya pada bantal busuk ini. Jangan lupa kerap basuh bantal busuk korang bagi mengelakkan jangkitan di atas daripada terkena pada diri.

Kredit: Hello Doktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas