
Branded
Satu Belum Tentu Cukup, Tealive Perkenal Siri Light Milk Tea! Rendah Gula & Kalori, Tapi Rasa Masih On Point!
Siapa dekat sini aktif bersukan atau jaga pemakanan, mesti korang akan rasa “the guilty pleasure” bila dapat minum minuman manis betul tak?
Lepas dah minum tu, nanti mulalah nak kira berapa banyak kalori yang ada dalam minuman itu dan berapa banyak kalori yang tinggal yang boleh diambil nanti. Ish, ish, ish…
Kalau kami kata, korang masih lagi boleh menikmati air yang manis, tanpa rasa serba salah, paling penting rendah kalori dan kurang gula, korang nak percaya tak?
Masih Rendah Kalori Walaupun Rasa Teh Yang Kuat & Manis!
Kalau korang nak tahu, Tealive kini hadir dengan siri minuman terbaru, Light Milk Tea! Haa, siapa teh enthusiast dekat sini, mesti korang tahu yang setiap teh mempunyai sedikit rasa manis betul tak?
Bayangkan, dengan kemanisan teh yang tersendiri, digabungkan pula dengan rasa susu berkrim, fuhh memang padu. Tapi, korang jangan risau sebab siri ini menawarkan kalori dan gula yang rendah.

Terdapat dua jenis pilihan yang korang boleh dapatkan daripada siri Light Milk Tea ini iaitu:
Snowy Da Hong Pao Light Milk Tea
Kalau korang memang penggemar Da Hong Pao Tea, kami yakin korang pasti akan suka Snowy Da Hong Pao Light Milk Tea ni.
Bayangkan, korang dah penat bersukan atau berjalan di bawah terik matahari, dapat pula basahkan tekak dengan minuman ini, fuhh, lega! Paling penting, rendah kalori tau!
Snowy Da Hong Pao Light Milk Tea ini memberikan rasa panggang teh Oolong berkualiti serta kemanisan yang berpanjangan.
Bukan itu saja, korang juga diberi pilihan untuk pesan minuman ini tanpa Snowy Whipped Cream. Kurang manis, lebih sihat!
Bahan kandungan: Teh Da Hong Pao, Susu, Snowy Whipped Cream
Jasmine Peach Light Milk Tea with Real Peach
Haa, satu lagi minuman dalam siri Light Milk Tea yang semestinya wajib dicuba adalah Jasmine Peach Light Milk Tea with Real Peach!
Untuk korang yang tak berapa gemar dengan rasa Jasmine Green Tea, minuman ini PASTI akan ubah selera tekak korang.
Sebab apa? Sebab korang akan suka gabungan rasa teh hijau bersama aroma bunga jasmine, yang ditambah dengan rasa kemanisan daripada buah pic sebenar! Mind blown kan?
Paling penting, minuman ini rendah kalori, sesuai untuk korang yang memang tengah jaga pengambilan kalori atau diet.
Bahan kandungan: Jasmine Green Tea, Susu, Snowy Whipped Cream
Nikmati Potongan 10% Dengan Pembayaran Kad Visa!
Fulamak, susah tau nak jumpa minuman yang mempunyai kalori rendah, dalam masa yang sama masih mengekalkan rasa manis daripada bahan tersendiri.
Jadi, kalau korang memang jenis yang jaga pengambilan kalori, lepas ni dah tak perlu rasa serba salah lagi, minum saja minuman daripada siri Light Milk Tea daripada Tealive!
Psst, tahu tak korang boleh jimat 10% kalau korang beli minuman siri ini dengan menggunakan kad kredit Visa dan tanpa perbelanjaan minima? Terhad daripada 10 Julai hingga 31 Ogos 2025 saja tau!
Promosi ini hanya boleh digunakan untuk pembelian secara walk-in di mana-mana cawangan Tealive, tidak termasuk KLIA2, Kidzania, Johor Premium Outlet, MaxValu, dan AEON Delica.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan minuman terbaru, layari laman web rasmi Tealive atau ikuti media sosial Tealive di Facebook dan Instagram.
