Branded
Rugi Tak Pergi! 3 Pusat Beli Belah Ini Selesa, Banyak Parking, & Ada Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Merdeka and Hari Malaysia!
Rakyat Malaysia ni pantang saja ada cuti, mesti nak keluar berjalan, lagi-lagi ke pusat beli belah betul tak?
Lepas tu, mula lah complaint, susah nak cari tempat letak kereta lah, sesak lah, tempat berehat penuh lah, tak ada kemudahan untuk keluarga lah dan macam-macam lagi…
Jangan risau, 3 pusat beli belah ini pastinya akan beri korang ketenangan untuk membeli belah sebab ia mempunyai ruang yang selesa, pelbagai kemudahan disediakan, paling penting banyak tempat letak kereta tau!
Psst, tahu tak, sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2025 ni, 3 pusat beli belah ini mengadakan pelbagai aktiviti menarik menerusi Merdeka Kids, yang dapat beri peluang kepada anak-anak untuk memilih dan menyerlahkan kreativiti mereka.
Selain itu, aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang bulan Ogos hingga September ini juga dapat memupuk semangat cintakan negara dan mengenal erti kemerdekaan. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jom kami kongsikan.
Klippa Shopping Centre, Batu Kawan, Pulau Pinang

Untuk korang yang tinggal di kawasan Pulau Pinang, terutama kawasan Batu Kawan, tipulah kalau korang tak pernah dengar Klippa Shopping Centre ni betul tak?
Sejujurnya, kalau tanya kami, ia merupakan salah satu pusat beli belah yang seronok untuk dikunjungi sebab ia sentiasa dihiasi dengan dekorasi bertema, serta terdapat juga pelbagai aktiviti menarik disediakan tau.
Macam sekarang ni, sempena menyambut bulan Kemerdekaan, mereka telah menghiasi seluruh pusat beli belah dengan dekorasi Merdeka yang semestinya cantik dan Instagrammable.



Kanak-kanak boleh dapatkan Merdeka Kids Passport dan mengumpul cop apabila membuat pembelian di outlet-outlet yang mengambil bahagian. Apabila pasport lengkap, mereka akan dapat ganjaran menaiki Merdeka Kids Adventure Track.
Mereka juga boleh menunjukkan kreativiti melalui Pertandingan Mewarna dan menyertai bengkel hands-on.
Jangan lepaskan peluang untuk sertai Merdeka Kids Lucky Ball Draw! Dengan setiap perbelanjaan RM50 dalam satu resit di outlet yang mengambil bahagian, pembeli berpeluang memenangi voucher.



Bunyi macam fun kan? Paling penting, Klippa Shopping Centre ni menyediakan tempat letak kereta yang banyak, kemudahan untuk seisi keluarga yang cukup serta selesa untuk berjalan-jalan.
Jadi, dah alang-alang tu, jom luangkan masa bersama tersayang dengan melakukan aktiviti menarik sempena bulan Kemerdekaan di Klippa Shopping Centre, Batu Kawan, Pulau Pinang pada 18 Ogos sehingga 16 September 2025 ini.
Nak tahu apakah lagi antara aktiviti menarik yang bakal mereka anjurkan? Stay tuned dan ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Salah satu pusat beli belah di Lembah Klang yang tak sesak dan banyak tempat letak kereta yang selamat, luas dan mesra keluarga, korang memang wajib datang ke IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara.
Menariknya, pusat beli belah ini turut menyediakan pelbagai jenis kemudahan untuk seisi keluarga seperti sewaan kereta sorong bayi, bilik menyusu peribadi dan penapis air.
Bagi kami, IPC Shopping Centre adalah pusat beli belah yang paling best untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang sebab ia menyediakan banyak aktiviti menarik, siap ada ganjaran dan hadiah tau!

Macam sekarang ni, mereka menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sempena menyambut bulan Kemerdekaan, seperti Små Patriots Craft & Parade, sebuah bengkel kraf percuma bertemakan Merdeka dan perarakan mini yang menyeronokkan di sekitar pusat beli-belah.
Aktiviti ini akan berlangsung pada setiap hujung minggu dan cuti umum, pada jam 3 petang atau 5 petang saja. Jadi, kalau korang nak sertai aktiviti ini, pastikan korang buat reservation terus di aplikasi IPC untuk ahli Små Club, barulah tak kalut!

Tak cukup dengan itu, korang yang dewasa ni pun berpeluang untuk menerima ganjaran tau, di mana belanja RM200 di dalam 2 resit dan tebus e-baucar IPC berjumlah RM10 atau belanja minima RM500 di dalam 3 resit untuk tebus e-baucar berjumlah RM30, yang boleh digunakan di 34 kedai terpilih sahaja.

Selain itu, kalau korang berbelanja di mana-mana kedai dalam IPC Shopping Centre, anak-anak korang berpeluang untuk menerima freebies, seperti bendera Malaysia dan pilihan antara poskad lekat, butang badge atau cekak kepala. Bestkan?
Haa, yang ini kami yakin mesti ramai nak tebus punya! Tahu tak, kalau korang datang ke IPC Shopping Centre, korang boleh tebus IKEA Soft Serve secara PERCUMA! Cara nak tebus pun senang kacang saja, laungkan frasa Merdeka pada tarikh berikut:
30 dan 31 Ogos 2025: Merdeka (3 kali)
15 dan 16 September 2025: I Love Malaysia (3 kali)
Tapi, korang kena laungkan frasa ini pada masa tertentu iaitu pada jam 11 pagi sehingga 2 petang dan 5 petang sehingga 8 malam tau. Paling penting, pergi ke i-Counter di Level G (di hadapan Decathlon) untuk mengambil bahagian.
Jadi 68 ahli Tack Club yang pertama untuk tebus IKEA Soft Serve ini pada setiap hari dalam tempoh 30-31 Ogos dan 1, 15 dan 16 Ogos
Apa? Korang belum jadi ahli Tack Club lagi?! Uish, rugi tau kalau korang tak jadi ahli sebab ada macam-macam faedah yang korang boleh nikmati tau! Klik DI SINI untuk info lanjut!
Selain itu, kalau korang ada barang-barang kitar semula, korang boleh bawa ke Recycling & Buy-Back Centre (RBBC) sebab ia menerima 14 jenis barang boleh dikitar semula, dan korang boleh tebus Tack Point menerusi aplikasi IPC.
Semua aktiviti ini akan berlangsung bermula 4 Ogos sehingga 21 September 2025 ini. Jadi, nanti kalau korang nak datang luangkan masa bersama keluarga di IPC Shopping Centre, pastikan korang jadi ahli Tack Club dulu okay? Barulah boleh enjoy!
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang aktiviti yang bakal diadakan, layari laman web IPC Shopping Centre atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
Toppen Shopping Centre, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru, Johor

Pusat beli belah terakhir yang seronok dan selesa untuk kita luangkan masa bersama tersayang adalah Toppen Shopping Centre, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru, Johor.
Sama seperti dua pusat beli belah yang kami sebutkan tadi, Toppen juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk seisi keluarga, tempat letak kereta yang banyak dan selamat, serta banyak aktiviti menarik.
Macam sekarang ni, sempena bulan Kemerdekaan, bermula dari 14 sehingga 31 Ogos 2025, mereka banyak menganjurkan aktiviti yang seronok untuk dilakukan bersama keluarga tersayang tau.


Antaranya, anak-anak korang boleh berseronok dengan aktiviti-aktiviti Merdeka Kids, di mana mereka boleh meneroka, bermain serta menyerlahkan bakat dengan melengkapkan 4 zon menarik seperti:
Zon Persembahan: serlahkan bakat terpendam seperti menyanyi atau menari
Zon Permainan: main permainan tradisional atau moden
Zon Ilmu: berpeluang untuk terokai dunia sains dengan menjadi saintis cilik atau membuat pertunjukan boneka
Zon Misi Harta Karun: sertai pencarian barang tersembunyi atau pencarian bendera Malaysia yang terpantas
Selain itu, terdapat juga aktiviti melukis muka secara PERCUMA pada setiap hari Sabtu, jam 2 petang sehingga 6 petang.
Kalau korang nak tahu sebarang aktiviti menarik yang bakal diadakan di Toppen Shopping Centre, layari laman web rasmi Toppen atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
Jadi, kami dah listkan antara pusat beli belah yang seronok dan selesa untuk korang kunjungi semasa cuti sepanjang bulan Kemerdekaan ni, korang tunggu apa lagi? Jom serbu sekarang!
Jangan lupa saksikan video Merdeka Kids yang menyentuh hati dan rasai sedikit pengalaman kegembiraan, kebebasan membuat pilihan, serta pengembaraan yang menanti korang sekeluarga di ketiga-tiga pusat beli-belah. Kerana apabila anak-anak membuat pilihan sendiri, mereka akan menemui erti sebenar kemerdekaan:
IPC: https://youtu.be/Yqt0SDqMrSc
Toppen: https://youtu.be/Z9yVYUSfn1U
Klippa: https://www.youtube.com/watch?v=x_RJriNxeHo
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM