Connect with us

Oh! Media

Risau Banyak ‘Whitehead’ Di Muka? Ini Cara Pencegahannya!

whitehead

Oh! Lifestyle

Risau Banyak ‘Whitehead’ Di Muka? Ini Cara Pencegahannya!

Haa korang tahu tak macam mana whitehead ni boleh terjadi? Whitehead ni merupakan jenis pori-pori tersumbat dan tertutup. Biasanya whitehead ni terjadi dekat bahagian hidung dan dagu.

ADVERTISEMENT

Whitehead ni kita tak boleh nampak kotoran yang ada dekat dalam pori tu, sebab dia tersumbat dan ada lapisan kulit di atas pori. Jadi, macam mana kita nak cegah?

Kita boleh mencegah kehadiran whitehead ini dengan beberapa langkah mudah. Pertama sekali, kita boleh gunakan cara double cleansing, lindung kulit dari sinar UV, jaga kelembapan kulit dan menggunakan bahan aktif untuk whitehead. Bila korang ikut keempat-empat langkah ini, mesti lepasni kulit akan jadi flawless macam kulit bayi!

1. Double Cleansing

Double cleansing ini merupakan cara yang terbaik untuk mendapatkan kulit yang betul-betul bersih. Cara ini boleh digunakan pada waktu malam dan juga pagi. Tapi biasanya orang buat waktu malam la. Double cleanse ni maksudnya, kita akan cuci muka kita dua kali, menggunakan dua produk yang berbeza.

Jadi, kita nak guna apa? Haa korang boleh cari ‘Oil Cleasing’ atau ‘Cleansing Balm’ untuk cucian pertama. Sebelum beli, pastikan anda baca ingredients dan tengok dulu jika produk itu sesuai atau tidak untuk dipakai ke wajah anda.

Berdasarkan gambar di atas, langkah pertama kita memang guna oil cleanser. Selepas itu, korang boleh guna apa-apa jenis pencuci muka yang selalu digunakan, seperti foam cleanser, gel cleanser, dan liquid cleanser. Pastikan setiap cucian tu cecah 60 saat tau! Barulah produk tu betul-betul hilangkan kotoran di muka.

2. Guna Sunscreen

Okay langkah kedua adalah, jangan pernah skip sunscreen untuk skincare routine harian anda! Sunscreen ini sangatlah penting kerana sinar UV boleh memburukkan keadaan wajah anda.

Untuk pembelian sunscreen, korang boleh cari kandungan yang mempunyai SPF30 ke atas kerana penggunaan SPF30 ini sangat disarankan. Setiap hari kena pakai, tak kisah anda berada di dalam rumah atau di luar rumah. Cahaya dari phone dan laptop juga dikira sebagai UV tau! Jadi, untuk mengelakkan whitehead, memang kena pakai sunscreen ini untuk melindungi kulit wajah anda dari terkena sinaran UV.

Sunscreen pun ada macam-macam jenis, jadi pastikan anda pilih sunscreen yang sesuai dengan kulit anda. Sebab takut, kalau tersalah beli, nanti kulit tak sesuai, boleh trigger kehadiran jerawat pula. Tolong buat patch test di leher untuk lihat reaksi kulit sesuai ke tak, okay!

3. Jaga kelembapan kulit

whitehead

Langkah ketiga, anda kena betul-betul jaga kelembapan kulit anda untuk mencegah kehadiran whitehead! Haa, pelembap muka ini sangat penting kerana “Moisturizer is the key” untuk mendapatkan kulit yang sihat dan anjal.

Untuk pelembap muka ini, anda kena tahu jenis kulit anda, sama ada kering, kombo, atau berminyak. Terdapat pelbagai jenis pelembap muka di luar sana seperti gel moisturizer, lotion moisturizer, water-based moisturizer dan cream moisturizer.

Jadi, kenali betul-betul jenis kulit anda dan pakai setiap hari dua kali untuk pelembap muka ini, pada waktu pagi dan malam. Apabila kulit anda lembap, minyak pun akan berkurangan dan pori-pori di muka juga tidak akan tersumbat. Nanti, anda akan rasa segar dan bersih je muka bila kulit dapat kelembapan yang cukup.

4. Guna bahan aktif

Eh, apa bahan aktif ni? Haa bahan aktif ni merupakan bahan yang akan membantu kulit kita untuk kelihatan lebih sihat dan bahan-bahan aktif ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Contohnya, anda boleh cuba cari bahan yang mengandungi Retinol, AHA&BHA dan juga Niacinamide.

Tiga bahan ini merupakan bahan aktif yang mampu untuk mengawasi kehadiran whitehead. Bila beli produk untuk muka, anda perlu lihat bahan-bahan yang digunakan dan beli produk yang mempunyai bahan yang mampu untuk membantu menyihatkan kulit wajah anda.

Contoh yang pertama, anda boleh membeli produk yang mengandungi retinol, kerana ia mampu untuk mempercepatkan sel baru. Retinol ini dikeluarkan dalam bentuk serum, toner atau cream. Jadi, anda boleh ke farmasi berdekatan dan minta mereka pendapat mengenai produk retinol yang sesuai dipakai untuk wajah anda.

Seterusnya, anda boleh menggunakan produk yang mengandungi bahan aktif AHA&BHA. AHA ialah alpha-hydroxy acid, dan BHA merupakan beta-hydroxy acid. Dua bahan ini mampu untuk bantu membersihkan pori-pori yang tersumbat. Tapi ingat, jika anda mempunyai kulit yang sensitif, anda perlu jumpa doktor terlebih dahulu dan tanay pendapat mereka untuk mengetahui kesan dan cara penggunaan dengan lebih lanjut.

Akhir sekali, anda boleh menggunakan Niacinamide, untuk membaiki skin barrier yang rosak. Niacinamide ini juga sering didapati dalam serum, pelembap muka, toner dan juga pencuci muka. Jadi, sebelum membeli sesuatu produk, lihat dulu bahan-bahan yang digunakan dan pilih produk yang bersesuaian dengan keperluan kulit anda!

Jadi, itulah antara cara-cara yang boleh anda ikut untuk mengelakkan kehadiran whitehead. Siapa je suka kalau muka kelihatan kusam dan nampak pori-pori tersumbat kan?

Jangan lupa cuba langkah-langkah ini dan kongsikan tips ini dengan semua ahli keluarga biar sama-sama dapat kulit wajah yang cantik jelita!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas