Connect with us

Oh! Media

Resepi Sedap Chicken Wings Ala ‘4 Fingers’, Murah Je Nak Buat!

4 fingers

Oh! Lifestyle

Resepi Sedap Chicken Wings Ala ‘4 Fingers’, Murah Je Nak Buat!

Siapa yang suka makan chicken wings, ataupun suka makan 4 Fingers? Haa mesti korang tahu kerangupan ayam 4 Fingers kan? Dah la rangup, rasa ayam dia pun memang sedap sehingga menjilat jari laa!

ADVERTISEMENT

Yang sedihnya, tak semua tempat ada menjual 4 Fingers ni. Bila mengidam, nak kena travel jauh-jauh, semata-mata nak makan ayam, kan susah tu?

So untuk korang semua yang memang minat dan suka makan 4 Fingers, korang boleh cuba resepi ni, buat dekat rumah je! Bukan je korang boleh lepaskan mengidam korang tu, tapi boleh jimat banyak kos sebab buat sendiri ni lagi jimat.

Resepi ni dikongsikan oleh Aznida Aziz menerusi Facebook Dapur Kita. Peh, memang power la!

4 fingers

Cara buat chicken wings ala 4 Fingers

Untuk bahan-bahan ayam, apa yang korang perlu sediakan adalah:

  • 1kg kepak ayam dipotong dua
  • Garam
  • Lada hitam
  • Sos tiram
  • Mix herbs
  • Tepung jagung

Mula-mula, panaskan minyak dan sementara nak tunggu minyak panas, korang kena celupkan ayam dalam tepung jagung. Korang kena pastikan ayam tu full coating dengan tepung jagung, jangan biarkan ayam nampak basah.

Lepas minyak dah panas, korang boleh mula menggoreng. Goreng ayam dengan cara double fried okay!

Goreng ayam secara half cooked je, dalam 4 minit macam tu. Kemudian korang boleh angkat dan toskan minyak dia.

Bersihkan minyak panas dari lebihan tepung dan sebagainya. Panaskan minyak balik sampai betul-betul panas, dan goreng semula ayam tadi dengan api yang tidak terlalu besar dan tak terlalu kecik. Inilah yang dinamakan double fried!

Bila ayam dah garing, korang boleh angkat dan tos kan dia! Ayam is ready!

Okay next kita nak buat sos pula, apa yang korang perlu sediakan adalah:

  • Bawang putih yang dicincang
  • Butter
  • Garam
  • 3 sudu besar madu
  • 3 sudu besar gula perang
  • 2 sudu sos tiram
  • Chili flakes

Okay nak buat sos ni, korang kena cincang halus bawang putih dan tumiskan dengan butter. Kalau korang guna unsalted butter, boleh tambah garam sikit semasa menumis.

Tumis bawang putih dengan butter, 2 sudu sos tiram, 3 sudu gula perang, 3 sudu madu dan chili flakes!

Gaul sebati semua ramuan dan matikan api. Lepastu korang boleh campurkan ayam yang dah siap digoreng dengan sauce ni dan siap!

Haa mudah je kan? Dah la senang, jimat pula tu! Dah boleh la cari bahan-bahan dan buat reseipi ni! Memang confirm tak menyesal la. Selamat mencuba!

4 fingers

Kredit: Aznida Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas