Connect with us

Oh! Media

Resepi Puding Karamel Confirm Sedap, Tutup Mata Pun Boleh Buat!

puding karamel

Oh! Lifestyle

Resepi Puding Karamel Confirm Sedap, Tutup Mata Pun Boleh Buat!

Petang-petang kalau tak tahu nak buat apa untuk Hi-tea, korang bolehlah cuba buat puding karamel ataupun puding gula hangus! Puding ni memang sedap sangat makan semasa sejuk-sejuk, memang nikmat!

ADVERTISEMENT

Tips untuk dapatkan tekstur yang cantik untuk puding karamel ni, korang kena kacau secara berhemah dan jangan berlebihan untuk dapatkan tekstur yang tidak berongga. Sebelum nak terbalikkan puding, korang kena pastikan puding dah sejuk supaya tak hancur.

Tips dah ada, jom kita tengok cara-cara nak buat pula!

Bahan-bahan

puding karamel

Bahan A yang korang perlukan adalah:

  • 1/2 cawan gula pasir.

Bahan B yang korang perlukan:

  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat, kalau tak mahu manis sangat, boleh kurangkan
  • 1 cawan air
  • Esen vanilla

Cara-cara:

Masukkan 1/2 cawan gula dalam kuali dan masak sehingga gula berktukar jadi warna keperangan. Masa ni korang kena alert, jangan sampai hangus sebab nanti rasa dia jadi pahit hangit.

Kemudian, boleh masukkan ke dalam loyang saiz 7 inci.

Seterusnya, ambil besen lain dan pecahkan telur dan sedikit esen vanilla untuk hilangkan bau hanyir.

Boleh masukkan air, susu cair dan susu pekat pula ke dalam bekas telur tadi. Kacau sebati tetapi janagn terlalu lama, takut puding jadi berongga.

puding karamel

Kemudian korang boleh tapiskan adunan ke dalam loyang.

Dah tapis, kukus selama 25 hingga 30 minit. Kalau belum masak, boleh kukus sehingga betul-betul masak dan siap!

puding karamel

Lepas dah kukus, korang sejukkan dulu dan masukkan ke dalam peti ais. Bila dah sejuk betul, baru boleh terbalikkan di atas pinggan okay!

Korang kena cuba resepi ni sebab memang sangat mudah dan simple je! Selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas