Connect with us

Oh! Media

Resepi Mi Celup Thai Macam Kedai Siam, Tak Cukup Semangkuk!

Mee Celup Siam

Oh! Lifestyle

Resepi Mi Celup Thai Macam Kedai Siam, Tak Cukup Semangkuk!

Jika berkunjung ke restoran Siam, memang tak sah kalau tak rasa kesedapan mi celup resepi istimewa dari negara Thailand. Kuahnya yang ‘padu’ dengan rasa daging dan kombinasi bahan-bahan lain membangkitkan lagi selera pelanggan.

BACA: Petang-Petang Makan Jagung Manis Leleh Memang Ohsem!

Bagi yang teringin nak masak sendiri, apa kata anda ikut resepi yang dikongsikan pengguna Facebook Faziela Lala ini. Memang ‘sebijik’ macam kedai Siam, siap ada telur gedik lagi!

IKLAN

Bahan-bahan untuk kuah mi celup

Mi Celup

Tulang/Daging/Ayam

1 paket Rempah Sup Thai (Pack Oren)

Bawang putih *Diketuk

Serai *Diketuk

Akar Ketumbar

Daun Ketumbar *Dikisar

Halia Lengkuas

Kicap Sotong/ Sos Ikan

Kicap Mountain Thai

Cara Masak Mee Celup

Tumis bawang putih, akar ketumbar, serai, halia, lengkuas dan satu paket rempah sup Thai sehingga naik bau. Kemudian, masukkan daun ketumbar yang telah dikisar untuk menaikkan lagi aroma kuah. Kicap sotong dan kicap Mountain Thai.

Mee Celup Siam

Tambahkan air berserta daging atau ayam, garam dan serbuk perasa. Rebus sehingga daging empuk. Bila daging dah empuk, keluarkan dan hiris nipis-nipis.

Untuk bahan celur

Resepi Mi Celup

Kangkung/sawi

Taugeh

Mee/kuew teow/ bee hoon/Mi Thai (Serda)

240601187 4301903316596935 2607399706874815468 n

Untuk bahan penambah rasa – Lada Jeruk, limau nipis, bawang goreng, bawang putih goreng, kacang tumbuk, serbuk lada sulah dan minyak cili (bahan penambah rasa boleh juga beli yang dah siap).

Dah siap!

Mee Celup
Mi Celup

Fuh memang menyelerakan! Bolehlah anda cuba resepi mi celup ini untuk dihidangkan kepada keluarga hujung minggu nanti. Bahan pun mudah je! Selamat mencuba.

Kredit: Faziela Lala

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas