Connect with us

Oh! Media

Ramadhan Hampir Tiba, Ini Gaya Tudung Kemas Dan Menarik, Guna Satu Pin Je!

ramadhan

Oh! Lifestyle

Ramadhan Hampir Tiba, Ini Gaya Tudung Kemas Dan Menarik, Guna Satu Pin Je!

Tudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita bagi menutup aurat. Tak lama lagi, umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan kan? Mesti ada yang dah mula nak pakai tudung, cari tutorial yang mudah untuk pakai pergi bazaar ataupun masjid!

ADVERTISEMENT

Artikel kali ini, Oh! Media nak share cara-cara nak pakai tudung dengan menggunakan satu pin je! Kalau cakap satu pin, mesti korang terfikir, “kemas ke? Cantik ke? Eh boleh terletak ke?” Haa kan?

Hahaha, mesti persoalan ni akan bermain di minda lelaki! Tapi ada juga kot wanita yang tertanya-tanya, sebab biasanya pakai hampir 5-10 pin untuk satu tudung. Betul ke?

Haa, korang jangan risau! Gaya tudung yang Oh! Media nak share kali ini, boleh digunakan bila nak keluar dan ada masa yang sangat singkat untuk bersiap. Capai satu pin, lilit and ready to go!

Gaya mudah dan ringkas daripada Sofea

Perkongsian gaya tudung ini telah dikongsikan oleh @sfeashra di laman Instagramnya dengan tajuk Hijab Tutorials Using Only 1 Pins!

Kalau korang nak tahu, Sofea yang cantik manis ini selalu share cara memakai tudung dengan sangat kemas! Memang suka tengok semua tutorial yang Sofea buat!

Gaya tudung lepas tepi

Ini antara gaya yang dibuat menggunakan satu pin je! Style ni korang boleh guna untuk pergi majlis ataupun nak keluar buka puasa dengan kawan-kawan. Ikutlah mana yang korang rasa sesuai dengan outfit yang korang pakai.

Gaya tudung ‘clean’

ramadhan

Gaya seterusnya ini sangatlah clean! Nampak kemas je kan? Haa gaya ni korang boleh guna untuk pergi bazaar Ramadhan, nak beli barang-barang masak ataupun tapau makanan dekat kedai! Ini gaya paling senang sebab nampak kemas dan steady je tudung tu. Confirm tak rimas dan tak perlu nak betulkan banyak kali.

Gaya tudung ‘masuk dalam’

ramadhan

Gaya tudung seterusnya ni, sama je macam yang lepas tepi tapi yang ni dia ada masuk dalam! Haha kalau korang tak faham, tengok je video yang Sofea share, nanti korang tahu la maksud masuk dalam tu! Hehe. Gaya tudung ni korang boleh guna kalau nak pergi event buka puasa sebab dia nampak macam formal dan kemas. Terletak je tudung tu dekat muka.

Gaya tudung jumpa bakal mentua

ramadhan

Okayy gaya tudung yang last ni nampak extra sopan sebab dia tutup dada! Nampak labuh dan kemas! Kenapa gaya tudung jumpa mentua? Sebab kalau pakai ni jumpa bakal mentua, mesti sejuk hati dan perut diorang! Haha. Gaya tudung ni korang boleh guna untuk masuk masjid, ataupun nak pergi rumah keluarga untuk berbuka puasa. Kalau korang jenis suka pakai tudung labuh pun boleh ikut gaya ni! Kemas kan?

Itulah dia empat gaya tudung untuk inspirasi Ramadhan nanti. Dah tak perlu nak beli pin banyak-banyak. Cukup dengan satu pin, macam-macam gaya korang boleh buat! Ayah dan mak pun dah tak ‘hon’ kereta nanti tunggu korang belit tudung tak siap-siap!

Ini video dari Instagram Sofea untuk rujukan korang lilit tudung tu nanti okay, senang dan jimat masa! Kalau pin hilang pun hati tak membara sangat sebab boleh buat empat gaya tudung macam ni. Selamat mencuba!

Kredit: Sfeashra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas