Oh! Lifestyle
Pilihan 7,000 Ibu Di Malaysia, 100 Jenama Terpilih Sebagai Jenama Keibubapaan Terbaik
Oleh
Ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk si manja mereka. Kalau boleh semua nak pilih jenama yang ‘mahal’.
Tapi persoalannya adakah jenama yang dianggap ‘mahal’ ni, serasi dengan anak-anak?
Sebenarnya salah satu cara untuk memilih jenama yang bersesuaian dengan anak ialah melalui maklum balas ibu bapa yang telah menggunakan sesuatu produk/jenama.
Baru-baru ini, Motherhood.com.my, platform keibubapaan terulung Malaysia di bawah Kumpulan Nuren, telah meraikan lebih 100 jenama luar biasa dalam majlis Motherhood Choice Awards 2023 yang diadakan di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur.
Majlis ini dianjurkan sebagai penghormatan kepada jenama ibu dan bayi yang paling selamat dan inovatif dalam pasaran Malaysia.
Mengiktiraf jenama yang telah memberikan sumbangan besar dalam menyokong ibu dan wanita sepanjang perjalanan keibuan, anugerah tahun ini menampilkan pencalonan merentas kategori termasuk penjagaan bayi, pendidikan anak-anak dan keluarga.
Fasa pengundian, yang berlangsung selama sebulan dari Mac hingga April 2023, menyaksikan penyertaan lebih 7,000 pengundi dari seluruh negara, memberikan undi pada jenama yang paling dipercayai dan digemari.
Dengan lebih 130,000 undian daripada yang mengambil bahagian, Motherhood Choice Awards 2023 dengan bangganya menyaksikan jenama seperti PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur, Zinus, LG PuriCare, CK Bidan, Molfix Malaysia, Bmama, Fisher-Price,CryoCord, BiO-LIFE, Seriously Addictive Mathematics Babylove, Bio-oil, Blackmores, FiFFY, Coby UV, Corvan, Shapee, Panasonic dan banyak lagi dipilih sebagai antara jenama pilihan tahun ini.
Jenama-jenama ini telah memberikan sumbangan penting kepada dunia keibuan dan keibubapaan dengan menawarkan produk dan perkhidmatan berharga yang memenuhi keperluan unik dan cabaran membesarkan anak.
Petrina Goh, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nuren, berkatan, perjalanan bergelar ibu bapa merupakan satu yang diluarkebiasaan dan penuh dengan cabaran. Ia menuntut komitmen yang tidak berbelah bahagi dan kemahiran membuat keputusan yang berterusan demi kesejahteraan anak yang tersayang.
Dalam ekosistem keibubapaan Malaysia yang rancak, di mana tiada manual arahan, sumber yang dipercayai dan produk inovatif memainkan peranan penting untuk memudahkan urusan.
Melangkah Lebih Baik untuk Keluarga Malaysia
Pada majlis itu, tiga jenama menonjol sebagai pemenang kehormat Motherhood Choice Awards 2023. PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur memenangi anugerah untuk Best Urban Family Hotel kerana dedikasinya mencipta pengalaman keluarga yang luar biasa bagi mencipta kenangan yang berharga.
Jenama tilam dan perabot global, Zinus, telah dianugerahkan penghormatan Tilam Paling Selesa, menyerlahkan dedikasi mereka untuk memberikan keselesaan dan kualiti yang tiada tandingan dalam dunia tilam.
Manakala penulen air LG Electronics, LG PuriCare, telah dianugerahkan anugerah Penulen Air Tanpa Tangki Terbaik Untuk Smart Home.
‘Momfluencers’ Bersinar di Motherhood Choice Awards 2023
Selain meraikan jenama terkemuka, sekumpulan 20 ‘momfluencers’ yang memberi inspirasi turut diberi penghormatan di Motherhood Choice Awards 2023 antaranya Yuyu, Wendy Iyi Lee dan Sunn Stephanie.
Pempengaruh Supermum ini adalah daripada komuniti Ibuencer.com di bawah payung Kumpulan Nuren, yang secara konsisten berhubung dan memperkasakan ibu di seluruh Malaysia.
Dengan kehadiran mereka di pelbagai platform media sosial, membuka perbualan tentang topik penting seperti penjagaan diri, keseimbangan kerja-kehidupan, kesihatan mental dalam kalangan ibu dan banyak lagi.
Dalam pada tu, selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah menerima Anugerah Ibu Bapa Super atas sumbangan besar mereka kepada komuniti keibubapaan Motherhood.
Mereka telah menunjukkan contoh terbaik kepada ibu bapa yang lain, menekankan kepentingan memupuk dan memastikan kesejahteraan anak-anak.
Motherhood Choice Awards 2023 turut memberi penghormatan kepada panel pakar, termasuk pakar kesihatan dan pemakanan dari pelbagai industri, yang telah memainkan peranan penting dalam komuniti Keibuan, memberikan pandangan dan sokongan berharga kepada rangkaian ibu bapa yang meluas di Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Motherhood Choice Awards 2023, klik SINI.
Muat turun Motherhood Parenting SuperApp, http://www.motherhood.com.my/superapp untuk lebih info tentang keibubapaan.
Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.