Connect with us

Oh! Media

Pereka Fesyen Terkenal Dikecam Bagi Alasan ‘Lebih Kurang’ Isu Guna Model Orang Putih Untuk Baju Raya

Ohmedia baju raya

Oh! Lifestyle

Pereka Fesyen Terkenal Dikecam Bagi Alasan ‘Lebih Kurang’ Isu Guna Model Orang Putih Untuk Baju Raya

Tinggal lebih kurang beberapa bulan sahaja lagi bagi umat Islam untuk menyambut Ramadan dan kemudiannya, Hari Raya Aidilfitri. Kami lihat ada yang sudah mula mencari dan ‘mengintai-intai’ baju raya pilihan untuk digayakan pada tahun ini. Kita doakan agar tahun ini dapatlah kita pulang beraya ke kampung hendaknya.

Namun, kalau korang membeli secara atas talian, pastinya sedikit sukar kerana kebanyakan model-model yang menggayakan baju raya ini adalah terdiri daripada ‘mat saleh’ dan bukannya orang tempatan.

Kecoh di media sosial semalam apabila seorang pereka fesyen terkenal dihentam netizen kerana memberi jawapan ‘lebih kurang’ gara-gara disoal mengenai keperluan menggunakan model warga asing dalam rekaannya.

IKLAN

Tak apa tak payah beli

Soal netizen, mengapa perlu menggunakan khidmat model antarabangsa sedangkan ramai model tempatan yang cantik manis dan lebih sesuai dengan gaya dan ukuran orang Malaysia.

Pereka fesyen itu kemudian membalas dengan alasan berbunyi “Tak apa tak payah beli. Alhamdulillah kalau tak nak beli. Sekurangnya saya cuba jaga aurat model Melayu.”

Jawapannya itu sekaligus mencetuskan rasa kurang senang dan kritikan netizen kerana mereka merasakan model tempatan boleh mengenakan tudung jika alasan menjaga aurat menjadi sebab model antarabangsa digunakan dalam setiap iklan baju raya.

Screen shot 2022 03 02 at 122503 pm

Dalam pada itu, ada juga yang mencemuh dengan mengatakan model dijaga kebajikan auratnya tapi tidak pula buat para pembeli baju-baju raya itu. Kata netizen, lebih baik guna patung mannequin saja kerana lebih menjimatkan.

Kita hidup dalam masyarakat majmuk, tanah orang asli, Baba & Nyonya serta jutaan orang yang cantik tidak kira muslim atau bukan muslim. Ramai model muslimah di luar sana tapi tak boleh cari model tempatan, nak juga model orang putih.

Komen Twitter

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas