Connect with us
ayam berempah

Oh! Lifestyle

Peniaga Pasar Malam Gaul Ayam Berempah Tak Pakai Glove. Ada Yang Geli, Ada Juga Tak Kesah

Korang sanggup tak makan dekat restoran tu kalau nampak bahagian dapur dan tempat penyediaan makanan diorang kotor? Rasanya mesti ramai yang tak sanggup dan mungkin juga tak kesah pun bersih atau tidak, janji sedap!

Macam apa yang dapat dilihat dari perkongsian sebuah portal makanan terkenal di Instagram, niat mereka untuk mempromosikan perniagaan restoran yang terletak di Pulau Pinang ini telah dikecam.

IKLAN

Kenapa kena kecam?

Dalam video yang dikongsikan, mereka turut menunjukkan cara penyediaan ayam berempah kepada penonton. Ketika netizen melihat pekerja menggaul ayam berempah tanpa sarung tangan inilah jadi punca kecaman.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geli melihat situasi itu dan turut menegur peniaga untuk memakai sarung tangan.

Ada juga yang tak kisahpun…

Namun sesetengah netizen dilihat berpendapat situasi itu normal dan tiada masalah jika peniaga itu sudah membasuh tangannya terlebih dulu sebelum menggaul.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas