Connect with us

Oh! Media

#PelikPelikJe Tular Ada Individu Boleh ‘Bau’ Hujan Akan Turun

bau hujan - Oh! Media

Oh! Lifestyle

#PelikPelikJe Tular Ada Individu Boleh ‘Bau’ Hujan Akan Turun

Kecoh di media sosial mengenai seorang pengguna Twitter yang memberitahu wujudnya individu mempunyai deria bau bagi mengesan hujan yang akan turun, eh serius lah?

ADVERTISEMENT

BACA: “Jom Mandi Hujan” – Layan Kerenah Hana, Dai Syed Buat Peminat ‘Bersemut

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Tatty itu berkata kewujudan manusia seperti itu dianggap anugerah Tuhan yang unik.

Deria bau yang unik

hujan - Oh! Media

Tambahan, seorang pengguna Twitter yang lain turut tampil memberi penjelasan saintifik terhadap anugerah individu yang mempunyai deria bau itu.

Bau air hujan sebelum hujan turun ini dipanggil sebagai Petrichor. Kalau ikutkan hujan itu sendiri sebenarnya tak ada bau. Bau itu datang dari reaksi kimia melibatkan tumbuhan dan bakteria kepada titisan air hujan. Dalam beberapa minit sebelum hujan lebat, biasa akan renyai dulu. Bila mula renyai, bau akan naik dan inilah apa yang dihidu oleh mereka yang kata mereka ada deria boleh ramal hujan akan turun. Mereka bukan gila atau istimewa, ini adalah sains.

Rata-rata komen netizen turut berkongsi pengalaman mereka mempunyai deria bau yang unik itu.

bau hujan - Oh! Media

Kalau pembaca Oh! Media boleh bau juga tak?

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas