Kecoh baru-baru ini apabila pempengaruh terkenal, Cik Epal, dikatakan menuntut semula barangan seperti pinggan mangkuk dan peralatan elektrik bernilai ribuan ringgit selepas perceraian.
Isu ini menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen tentang barang-barang dalam rumah, milik siapa selepas bercerai?
Peguam Syarie tampil jelaskan isu harta sepencarian…
Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang peguam syarie menjelaskan bahawa mana-mana pihak dalam perkahwinan berhak menuntut barang yang dibeli bersama atau oleh salah seorang pasangan ketika tempoh perkahwinan, sebagai harta sepencarian.
IKLAN
Contoh, isteri ada beli set pinggan mangkuk, perabot, TV, peti ais dalam tempoh perkahwinan. Tapi lepas bercerai, suami pula bawa lari barang-barang tersebut atau berkeras taknak pulangkan pada isteri, isteri boleh sertakan barangan tersebut dalam tuntutan harta sepencarian.
Suami juga boleh buat tuntutan harta sepencarian…
Menariknya, penjelasan peguam itu turut menyatakan bahawa tuntutan harta sepencarian bukan hanya terhad kepada isteri.
Suami juga berhak membuat tuntutan, asalkan ada bukti sumbangan terhadap pemerolehan barang tersebut.
Boleh dengan syarat suami perlu buktikan dia ada sumbangan juga terhadap barangan tersebut.- Jelasnya.
Harta sepencarian ialah apa-apa harta yang dibeli atau diperoleh dalam tempoh perkahwinan. Namun, jika sesuatu harta dibeli sebelum berkahwin, ia hanya dikira sebagai harta sepencarian jika dikembangkan atau dimajukan dalam tempoh perkahwinan.
Pssttt! Dalam hal rumah tangga, apa yang dibeli bersama bukan semestinya milik kekal selepas berpisah. Penting untuk faham undang-undang mengenai harta sepencarian agar tiada pihak yang teraniaya. Tak salah menuntut hak, tapi pastikan ada bukti dan jalani proses mengikut saluran undang-undang.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!