Connect with us

Oh! Media

Remaja Buat Kecoh Dalam Pawagam Johor Bahru, Ugut Rogol Penonton Wanita!

Oh! Tidak

Remaja Buat Kecoh Dalam Pawagam Johor Bahru, Ugut Rogol Penonton Wanita!

Baru-baru ini, suasana sebuah pawagam di Johor Bahru bertukar tegang apabila sekumpulan remaja bertindak biadab terhadap penonton lain.

Seorang wanita yang menonton filem bersama adiknya telah menegur mereka secara sopan agar merendahkan suara. Namun, teguran itu dibalas dengan ugutan yang mengejutkan.

IKLAN

“Kawan aku cakap dia nak r*gol kakak kau.”- Kata salah seorang remaja.

Kenyataan berbaur lucah ini bukan sahaja menakutkan, malah boleh dianggap sebagai satu bentuk gangguan seksual.

Insiden tersebut berlaku semasa tayangan filem animasi Jepun Colorful Stage! The Movie: A Miku Who Can’t Sing. Selain mengeluarkan ugutan, mereka turut menghina salah satu watak dalam filem dengan menggelarkannya ‘hitam’.

Saya cuma nasihat mereka dengan sopan tapi saya pula dihina. Susah untuk saya percaya mereka boleh cakap macam itu.- Kata wanita itu.

Beliau turut menyatakan bahawa tingkah laku mereka mencerminkan kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Tiada tindakan segera dari pihak pawagam…

Wanita itu menjelaskan bahawa tiada kakitangan pawagam yang bertugas ketika kejadian, menyebabkan beliau tidak dapat membuat laporan segera. Namun, aduan telah dibuat kepada pihak pengurusan pawagam selepas kejadian berlaku.

Beliau juga tidak merakam perbuatan remaja tersebut kerana mematuhi garis panduan Seksyen 43A Akta Hak Cipta 1987.

Wanita itu turut memberikan peringatan kepada ibu bapa remaja berkenaan agar tidak membela anak-anak mereka sekiranya hantaran itu sampai ke perhatian mereka.

Pssttt! Kejadian ini menjadi peringatan penting bahawa adab dan tatasusila perlu diterapkan sejak kecil. Ibu bapa memainkan peranan besar dalam membentuk akhlak anak-anak. Pihak pawagam juga harus memastikan kehadiran kakitangan yang mencukupi untuk menangani situasi sebegini. Sebagai penonton, kita berhak untuk menikmati tayangan dengan aman tanpa gangguan.

Kredit: World of Buzz
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas