Connect with us

Oh! Media

NIVEA Luminous630 Kini Dipertingkatkan Dengan Hyaluron, Mengurangkan Bintik Hitam & Garis Halus Dalam 4 Minggu

Branded

NIVEA Luminous630 Kini Dipertingkatkan Dengan Hyaluron, Mengurangkan Bintik Hitam & Garis Halus Dalam 4 Minggu

“Cantiknya kulit kau spotless & muda je aku tengok, apa rahsianya?”

Memiliki kulit tanpa cela & muda merupakan impian setiap wanita. Pernah tak, bila anda melihat wajah di cermin rasa seperti tua sebelum berusia akibat kemunculan bintik-bintik hitam, tona kulit tidak sekata dan garis halus yang mula kelihatan. Takutnya!

Kami percaya bagi wanita, ini merupakan perkara yang mahu dielakkan kerana bintik hitam & garis halus di muka akan menyebabkan wajah hilang keseriannya.

Terdapat banyak sebab yang menyebabkan bintik hitam, antaranya faktor keturunan, penuaan, ketidakseimbangan hormon dan jerawat yang disebabkan oleh kulit berminyak yang juga menjadi punca mengakibatkan pemendapan melanin. 

Namun begitu, terdapat juga faktor luaran yang menyumbang kepada masalah ini seperti sinaran ultraviolet yang dipancarkan daripada matahari. 

Walaupun anda merasakan wajah anda selamat dengan pemakaian krim pelindung wajah tetapi penggunaan secara berlebihan sebenarnya akan menyebabkan pori menjadi mudah tersumbat dan merosakkan kulit.

Lindungi kulit wajah dengan perlindungan menyeluruh

Kalau anda sudah mencuba pelbagai jenis produk untuk mengatasi masalah bintik hitam dan garis halus pada wajah namun masih tiada yang berkesan, inilah masanya untuk anda bertukar kepada rangkaian NIVEA Luminous630 AntiDark-Spot. 

Sebelum ini, anda mungkin pernah mendengar tentang NIVEA Luminous630 Spotclear Serum dalam botol berwarna merah jambu yang mendapat pujian ramai kerana keberkesanannya untuk mengurangkan bintik hitam tanpa merosakkan kulit. 

Dengan formulasi yang dipertingkatkan kali ini, NIVEA melancarkan Gold Series, NIVEA Luminous630 AntiDark-Spot Serum.

Jom lihat perbandingan produk ini.

Kedua-dua produk ini berkesan untuk mengurangkan bintik hitam, bertindak pada pigmentasi yang ada dengan memudarkan bintik hitam serta mengurangkan saiznya. 

Apa yang berbeza ialah NIVEA Luminous630 AntiDark-Spot Serum yang baharu ini dipertingkatkan dengan Hyaluron dan Anti-Oksidan untuk mengurangkan garis halus dan meningkatkan penyerapan Luminous630 secara mendalam di kulit supaya nampak muda & berseri. 

Dalam masa 4 minggu sahaja anda boleh melihat perubahan pada wajah dengan penggunaan secara konsisten. Bukan sahaja bintik hitam & garis halus dikurangkan, tona kulit juga menjadi sekata dan wajah kelihatan lebih berseri.

Tekstur yang lembut dengan formula yang ringan pula memudahkan penyerapan Luminous630 ke dalam kulit dan sama sekali tidak melekit. Anda juga tidak perlu risau kerana serum ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

Bagi anda yang tertanya mengapa Luminous630, ia sebenarnya merupakan inovasi daripada NIVEA selepas kajian selama 11 tahun.

Selepas mengkaji sebanyak 50,000 sebatian, NIVEA berjaya menemui Luminous630 yang terbukti berkesan untuk mengurangkan bintik hitam tanpa merosakkan kulit dalam 4 minggu.

Tetapi sama ada botol merah jambu atau  emas, kedua-duanya boleh digunakan pada waktu siang dan malam.

Cadangan kami bagi anda yang masih pada awal 20-an, boleh bermula dengan NIVEA Luminous630 Spotclear Serum.

Manakala NIVEA Luminous630 AntiDark-Spot Serum sesuai untuk wanita berusia 30 ke atas dengan masalah bintik hitam & garis halus.

Menurut kajian, kebanyakan ramuan untuk formulasi bintik hitam diuji pada tirosinase cendawan (Mushroom Tyrosinase), berbanding dengan NIVEA Luminous630 yang menggunakan tirosinase sintetik manusia (Human Tyrosinase) untuk mengenalpasti ramuan yang paling berkesan bagi mengurangkan bintik hitam. 

Hasilnya mendapati, Luminous630 terbukti berkesan untuk menghalang aktiviti tirosinase serta membantu mengurangkan bintik hitam tanpa merosakkan kulit!

Bagi bintik-bintik gelap yang degil, anda sebenarnya tidak digalakkan menggunakan produk penjagaan kulit tradisional untuk mengatasinya kerana kadar keberkesanannya yang rendah.

Pastikan anda memilih siri NIVEA Luminous630 AntiDark-Spot Serum, penggunaan selama 4 minggu terbukti berkesan dapat mengurangkan 67% bintik hitam, 66% garis halus dan kulit menjadi 81% lebih berseri. 

*Berdasarkan kajian kulit ke atas wanita Malaysia, 2021

Kulit tanpa cela, muda & berseri dengan NIVEA Luminous630

Jangan lepasi peluang untuk memiliki NIVEA Luminous630 AntiDark-Spot Serum yang telah mula dijual di pasaran pada harga RM129 sahaja.

Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi kedai Watsons yang berhampiran ataupun di laman web e-dagang Watsons.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas