Connect with us

Oh! Media

Netizen Kerumun Objek Gergasi Muncul Tiba-Tiba Sekitar Lembah Klang

mrdiy kecil besar

Branded

Netizen Kerumun Objek Gergasi Muncul Tiba-Tiba Sekitar Lembah Klang

Penduduk kawasan sekitar Lembah Klang tertarik dengan kemunculan beberapa objek bersaiz gergasi. Aik, dari mana datangnya semua ni? Macam pelik, tapi menarik pun ada!

Kalau dah ada benda-benda unik ni, mestilah semua tak lepaskan peluang untuk bergambar kan? Nak selfie atau wefie, barulah boleh upload ke media sosial masing-masing.

Setakat ini, ada beberapa objek gergasi mula ‘menyerang’ tempat tumpuan awam. Antaranya seperti penggelek cat gergasi di Fahrenheit 88, Bukit Bintang dan plushie dinosaur serta bola sepak gergasi di MyTown, Cheras.

Objek gergasi curi perhatian

mr diy tumbler

Bukan tu je guys, ada lagi. Pernah tengok tak botol air tapi 10 KALI GANDA lagi besar? Tengok sendiri botol air atau tumbler Disney ini di Mid Valley Megamall berdepan MR DIY Plus tau kalau korang nak cari.

mr diy bola

Nak tahu apa yang lagi special? Khabarnya pada 13 September ni akan ada kepala paip gergasi yang akan berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Apa yang istimewanya yang ni, bila pengunjung memijak paip ini, air akan keluar! Unik kan? Kena cepat bila dah ada sebabnya hanya kat sini paip air gergasi ni ada fungsi interaktif. Serbu ramai-ramai guysss!

mr diy water tap

Selepas Dataran Merdeka, replika ini akan berada di MyTown, Cheras pula. Jadi orang Cheras dan sekitar, kalau terlepas ke KL, boleh la ke sini pula bermula 20 September.

mr diy iron

Di Taman Tasik Titiwangsa baru-baru ni, ada seterika gergasi dikesan. Seterika itu dikatakan mempunyai ketinggian bangunan 3 tingkat dengan berkelebaran 6 tingkat. Memang sangat besar tu guys. Seterika ada dekat tasik? 

Memang pelik, tapi tulah realitinya. Mesti pengunjung yang berjogging atau piknik hairan tengok. Kenapa tiba-tiba ada ni? Jadi korang kena beramai-ramai ke Tasik Titiwangsa nanti untuk saksikan sendiri depan mata korang.

Korang mesti tertanya-tanya, kenapa muncul semua objek gergasi ni kan?

Haa, kalau nak tahu, semua ini adalah sebahagian kempen Kecil & Besar, MR DIY Ada. Yalah, dari sekecil-kecil benda sampailah paling besar yang semua orang perlukan, MR DIY mesti ada. Tinggal cari je!

Tawar hadiah pelayaran mewah

mr diy contest

Kempen ni juga ada tawarkan banyak hadiah lumayan tau guys. Korang kena join. Nak sertai pun mudah je.

Langkah 1: Ambil gambar atau video bersama instalasi MR DIY sekitar Lembah Klang.

Langkah 2: Poskan gambar atau video di media sosial pilihan sama ada Facebook, Instagram atau TikTok menggunakan hashtag #KecilBesarMRDIYada dan tag media sosial MR DIY.

Langkah 3: Hantar penyertaan di microsite: http://promo.mrdiy.com/

Mudah je kan? Nak tahu tak hadiah-hadiah menanti pemenang paling kreatif?

Hadiah:

1 x Trip pelayaran untuk 12 orang bersama makan dan minuman selama 4 jam bernilai RM6,000

1 x Pengalaman menaiki helikopter sekitar bandar Kuala Lumpur untuk 4 orang bernilai RM4,500

1 x Juadah Omakase untuk 2 orang bernilai RM2,000

100 x baucar tunai MR DIY bernilai RM100

Banyaknya guys hadiah lumayan menanti. Bila lagi nak dapat peluang berlayar tak pun naik helikopter pusing KL tu? Mana tau rezeki korang boleh bawa pasangan atau family nanti? Cepat korang sebab peraduan berakhir pada 15 Oktober 2023!

Jom, tunggu apa lagi, serbu instalasi objek gergasi MR DIY di lokasi-lokasi yang kami dah sebut kat atas. Jumpa korang di sana! Maklumat lanjut klik je SINI.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas