Connect with us

Oh! Media

gajet

Oh! Lifestyle

4 Cara Untuk Elak Anak Ketagih Main Gajet

Zaman sekarang ni memang susah nak kawal anak-anak untuk elakkan mereka main gajet dalam waktu yang lama. Maklumlah, lahir-lahir je dah nampak gajet depan mata dan sudah dikira macam mainan untuk mereka berbeza dengan kita dahulu. Bila kita larang mereka main gajet terlalu lama, mulalah mereka marah dan cakap pula kita ni tak up to date, huhu.

Tambah pula waktu pandemik ni sekolah ditutup dan anak-anak banyak habiskan masa di rumah main gajet je sepanjang masa. Jadi apa patut kita buat?

IKLAN

Memetik laporan pakar dari Harvard Medical School, telah menyenaraikan 4 cara untuk kita elakkan anak-anak dari ketagihan.

1. Jangan gunakan gajet sebagai alat untuk tarik perhatian anak

gajet

Kami percaya kebanyakan ibu bapa memang akan menggunakan kaedah ini untuk membuat anak mereka duduk diam ataupun ketika menangis. Cara ini memang berkesan dan mudah tapi kesan untuk jangka masa panjang sangat tidak baik.

Memang bukan mudah untuk menjaga seorang anak, tapi jika kita biasakan aktiviti sihat dari kecil, pasti ianya lebih mudah. Kaedah pembelajaran yang terbaik untuk anak kecil dan sekolah rendah adalah bermain aktiviti hands-on. Ibu bapa boleh mencari aktiviti lain selain gajet dan luangkan masa bersama anak-anak. Contohnya kita boleh adakan hari mewarna mingguan bersama anak-anak dan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan.

2. Jangan terlalu manjakan anak-anak

gajet

Bukan bermaksud anak-anak tidak boleh bermain langsung gajet, tapi ibu bapa boleh mengwujudkan jadual penggunaan gajet di rumah. Jadual ini perlu dipatuhi secara konsisten bagi memastikan anak-anak terbiasa dengan tabiat ini.

Cerita dan fahamkan pada anak-anak mengapa jadual ini perlu dipatuhi dan jangan memberikan mereka peluang untuk melanggar jadual walau apapun yang terjadi. Lakukan secara konsisten selama 3 bulan dan kita akan dapat melihat kesannya selepas itu.

3. Jangan sekat aktiviti kreativiti anak-anak

gajet

Ibu bapa kebiasaannya mesti akan marah anak kalau conteng dinding yang akhirnya lebih rela memberikan gajet untuk selamatkan dinding. Janganlah kita terus halang kreativiti anak-anak, bimbing mereka cara yang betul untuk terus berimaginasi.

4. Orang dewasa jadi role model anak

anak

Akhir sekali ia berbalik kepada kita sendiri kerana anak kecil hanya melakukan apa yang mereka lihat. Jika kita sendiripun ketagih dan sepanjang masa dengan Whatsapp, Telegram, Youtube dan sebagainya, sudah tentu anak juga akan berbuat demikian. Jadi, sebelum menyalahkan anak-anak, salahkan diri kita dahulu. Tunjuk dan biasakan diri untuk melakukan aktiviti yang sihat bersama anak-anak dan segala masalah ketagihan gajet ini pastinya dapat diatasi.

Kredit: Parent Connect

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas