Connect with us

Oh! Media

Mulut Asyik Berbau Sebab Kurang Minum Air? Ini 5 Mitos Tentang Masalah Gusi Yang Ramai Tak Tau!

Masalah mulut berbau Systema

Branded

Mulut Asyik Berbau Sebab Kurang Minum Air? Ini 5 Mitos Tentang Masalah Gusi Yang Ramai Tak Tau!

Masalah mulut sering kali menimbulkan rasa tidak selesa kepada individu. Ia membuatkan mulut mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan kadang-kala nak bercakap dengan orang lain pun terpaksa cover.

Ramai yang beranggapan bahawa masalah ini berpunca daripada kerosakkan gigi atau kekurangan minum air, tapi betul ke? Jadi hari ini kami nak menjelaskan beberapa mitos tentang masalah oral.

Mitos 1: Rajinnya senyum, mesti gigi dan gusi si Atan tu elok kan?

Senyuman untuk keyakinan

Fakta: Senyuman tidak membawa maksud mulut korang dalam keadaan sihat. 90 peratus rakyat Malaysia mempunyai simptom masalah gusi seperti gusi berdarah atau bengkak dan sakit. Boleh jadi, korang senyum tapi tak sedar dengan adanya masalah gusi.

Mitos 2: Produk penjagaan oral yang baik membantu hilangkan kesakitan masa gigi & gusi

Sakit gusi sebabkan mulut berbau

Fakta: Kebanyakkan produk penjagaan oral hanya membantu menghilangkan kesakitan atau masalah oral buat sementara waktu. Kebanyakan masalah oral adalah daripada gusi yang tidak sihat.

Jadi untuk mengelakkan masalah oral bertambah serius, korang perlu gunakan produk penjagaan oral yang dapat memberikan perlindungan oral menyeluruh kepada gigi dan gusi.

 Mitos 3: Mulut aku berbau sebab aku kurang minum airlah!

Mulut berbau awal pagi perkara normal

Fakta: Mulut berbau kerana selepas baru bangun tidur adalah perkara yang normal kerana tindak balas bakteria atau Halitosis. Tapi apa yang tidak normal kalau mulut berbau sepanjang masa!

Kebanyakan bakteria bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itu, bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, gusi  dan lidah.

Memberus gigi dengan tidak sempurna atau menggunakan berus gigi tidak sesuai menjadi punca utama lebihan makanan atau kotoran terus melekat pada gigi dan gusi yang menyebabkan pembiakan bakteria, punca mulut berbau.

Mitos 4: Flossing gigi tak penting

Flossing penting untuk hilangkan lebihan makanan

Fakta: Flossing sering diabaikan dalam rutin penjagaan gigi. Kalau korang nak tau, flossing ni boleh membantu membersihkan celahan gigi, yang tak mampu dicapai dengan penggunaan berus gigi biasa.

Tanpa flossing, 33 peratus bahagian gigi korang masih terdedah kepada kotoran. Jadi pastikan korang memahami konsep penjagaan gigi dengan flossing atau korang boleh juga pilih berus gigi yang mempunyai bulu yang lebih tirus untuk kebersihan gigi dan gusi yang lebih dalam.

Mitos 5: Gusi berdarah tak boleh diberus

Gusi berdarah petanda masalah oral

Fakta: Memberus bukan hanya pada gigi tetapi termasuklah pada bahagian gusi dan lidah. Memberus bahagian ini dapat membantu menghilangkan plak yang menjadi punca radang, gingivitis dan penyakit gusi. 

Plak yang tidak dibersihkan menjadi punca keradangan yang menyebabkan gusi berdarah.

Jika korang mempunyai gusi yang sensitif, pastikan gigi dan gusi diberus secara lembut dan perlahan untuk mengelakkan keradangan. Serta pastikan korang memilih berus gigi dan ubat gigi yang sesuai untuk kebersihan mulut secara total.

Berikan perlindungan untuk gigi dan gusi dengan Systema

Systema berus gigi dengan perlindungan gusi dan gigi menyeluruh

Haa.. Dah tau kan masalah utama mulut bukan daripada gigi? Jadi bertukarlah kepada ubat gigi yang boleh memberikan perlindungan menyeluruh kepada gusi dan gigi.

Korang boleh gunakan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque yang diformulasikan dengan teknologi Advance Plaque Buster untuk melindungi gusi serta mampu menyingkirkan plak, dan membunuh bakteria di kawasan yang sukar dicapai seperti dalam poket gusi.

Untuk yang mempunyai masalah gigi sensitif, korang boleh menggunakan ubat gigi Systema Sensitive & Gum Protection yang membantu memberikan perlindungan berpanjangan dan mengurangkan gejala gigi sensitif.

Inovasi berus gigi Systema bantu bersihkan gigi lebih sempurna

Bukan hanya perlindungan dengan ubat gigi, Systema mengukuhkan rangkaian penjagaan oral dengan berus gigi Systema 0.02mm dengan bulu berus hujung tirus.

Menawarkan 11 jenis berus gigi  dengan bulu berus hujung tirus 0.02mm yang bertindak membantu menyingkirkan plak dari kawasan yang sukar dicapai terutamanya antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi bagi memastikan gusi dan gigi kekal sihat berpanjangan.

Jangan biarkan masalah gusi mengganggu kehidupan korang. Bertukarlah kepada Systema untuk gusi and gigi yang lebih sihat dan hidup lebih ceria.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas