Connect with us

Oh! Media

Masuk Pawagam Pun Bau Lembut, Rapi & Segar? Softlan Cipta Pengalaman Unik Yang Buat Semua Terpukau

Ohmedia 851x315 1200 X 675 Px 47

Branded

Masuk Pawagam Pun Bau Lembut, Rapi & Segar? Softlan Cipta Pengalaman Unik Yang Buat Semua Terpukau

Dari haruman yang memenuhi panggung wayang hingga ke pengalaman sensori ASMR di booth khas, Softlan bawa dunia ‘just washed’ ke layar perak.

Macam mana agaknya kalau bau pakaian baru lepas basuh boleh kekal ikut ke mana saja korang pergi?

Inilah pengalaman yang Softlan bawakan menerusi kempen Softlan Multi-Sensorial Cinema Activation bersama GSC Cinemas,  satu pengalaman wayang yang bukan sekadar ditonton, tapi dirasai dengan empat deria iaitu melihat, hidu, dengar dan rasa.

Pawagam Bau Lembut, Rapi & Segar Macam Lepas Cucian

Bayangkan masuk je dalam panggung GSC, ada haruman lembut memenuhi ruang yang kemudiannya membangkitkan rasa nostalgia, seolah-olah macam baru lepas cuci baju.

Itulah pengalaman yang Softlan nak pengunjung rasai; rasa hangat, selesa, dan tenang setiap masa.

Tapi apa yang paling unik dengan activation Softlan kali ni, bukan setakat bau wangi tapi ada elemen ASMR yang berikan “just wash feeling” yang sebenar.

Haaa.. Macam mana tu?

Rasa Sendiri Dunia Softlan Di Booth Interaktif Multisensori

Pengalaman ASMR ni bukan ada dekat semua wayang tau, tapi hanya di GSC Midvalley sehingga 3 Disember ini. 

So, kalau korang ada berdekatan dan nak rasa sendiri momen rare ni, lepas keluar je wayang pastikan korang cari Softlan ASMR Booth. Dalam booth ni, korang bukan sekadar boleh tengok, malah boleh sentuh, rasa tekstur lembut dan rapi tu, serta cipta sendiri momen ASMR ala-ala Softlan.

Tak cukup dengan pengalaman deria? Softlan ada satu lagi kejutan istimewa untuk pengunjung, iaitu PLUSHIE! BLIND BOX!!



Siapa je yang tak suka kan?

Tapi cara nak menang lain sikit tau. Korang kena cari ‘orang Softlan’ yang berpakaian pink, lepas tu bisik ayat rahsia ni:

“So Soft, Smooth & Fresh. It has to be Softlan.”

Siapa tahu, mungkin plushie eksklusif Softlan jadi milik korang!

Rasai ‘Dunia Softlan’ Di Lokasi Terpilih Yang Berhampiran!

Softlan Multi-Sensorial Cinema Activation yang berikutnya akan berlangsung di beberapa lokasi terpilih yang berikut:

GSC The Mall Mid Valley Southkey (22–23 November)
GSC Queensbay Mall (28–30 November)
GSC Aeon Bandaraya Melaka (5-7 Disember). 

Walaupun booth khas pula hanya di GSC Mid Valley (sehingga 3 Disember), tapi bau segar Softlan boleh dinikmati di pawagam seluruh negara sehingga 31 Disember 2025.

Ternyata Lembut, Rapi & Segar – Semestinya Softlan

Dengan Freshness Lock Technology, Softlan mengekalkan kelembutan serta bau harum seolah-olah baru dicuci, walaupun dah basuh pakaian berminggu-minggu.

Setiap helaian rasa lembut, mudah digosok dan kekal wangi sepanjang hari. Itulah keistimewaan Softlan bila rasa lembut, rapi dan segar, jawapannya satu je: Semestinya Softlan.

Info lanjut ikuti Softlan di Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas