Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Siang Ikan Kembung, Guna Jari Je!

ikan kembung

Oh! Lifestyle

Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Siang Ikan Kembung, Guna Jari Je!

Kalau yang dah pro siang ikan tu mesti dah tahu cara yang mudah untuk siang ikan kan? Tapi mana yang baru nak belajar memasak, baru belajar siang ikan mesti terkebil-kebil tengok ikan tu macam mana la nak siang dia. Haha.

ADVERTISEMENT

Kalau korang tak pandai siang dan tersalah siang, ikan yang disiang tu mungkin akan hancur bila tersalah teknik. Jadi, korang kena hati-hati dan guna cara yang betul untuk siang ikan okay?

Bila dah tahu cara, sebenarnya senang dan laju je kita boleh siang ikan ni. Silap-silap boleh siang 10 ikan dalam 10 saat, hehe.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @khairulzuli , dia telah berkongsi cara untuk menyiang ikan kembung dengan hanya menggunakan jari je! Tak perlu guna pisau pun.

Apa yang korang kena buat untuk siang ikan kembung ni hanyalah buka insang ikan kembung tersebut, dan tarik isi perut dan semua yang perlu dibuang tu. Confirm bersih!

@khairulzuli #fypシ ♬ bunyi asal – khairulzuli

Senang je kan? Kalau ikut cara ni, mungkin proses menyiang tu akan jadi lebih pantas! Tapi pastikan buat dengan berhati-hati kalau korang first timer. Takut nanti hancur ikan tu bila tersalah tarik.

Netizen yang menonton perkongsian Khairul di TikTok juga mengatakan cara tersebut sangat mudah untuk dicuba.

ikan kembung

Jadi, apa tunggu lagi? Lepasni kalau suami atau mak bawa balik ikan, korang boleh lah offer diri untuk tolong siang ikan! Mesti bangga diorang tengok korang siang ikan, macam pro! Hahaha selamat mencuba!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas