Connect with us

Oh! Media

KWSP Akhirnya Umum Kadar Dividen 2021, Tertinggi Sejak Tahun 2018

kwsp

Oh! Lifestyle

KWSP Akhirnya Umum Kadar Dividen 2021, Tertinggi Sejak Tahun 2018

Akhirnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen mereka bagi tahun 2021. Sebelum ini ada berita mengatakan KWSP akan mengumumkan kadar tertinggi sejak tahun 2018.

ADVERTISEMENT

Hari ini, dana persaraan telahpun mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.1 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.65 peratus untuk simpanan syariah bagi tahun 2021.

Jumlah agihan untuk ahli KWSP itu melibatkan sebanyak RM50.45 bilion dan simpanan syariah pula sebanyak RM6.27 bilion.

Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir, Pengerusi KWSP bagaimanapun berharap agar pemberian dividen ini dapat membantu semula penambahan simpanan ahli mereka yang mengeluarkan simpanan sebelum ini.

Pengeluaran sebanyak RM101 bilion akibat pandemik telah menyebabkan 48 peratus ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka.

KWSP berharap dividen ini dan prestasi berterusan KWSP akan membantu ia dalam memulakan proses membina semula simpanan persaraan ahlinya, ketika pemulisan ekonomi berlaku sepanjang tahun ini.

Jumlah dividen bagi tahun 2021 amat tinggi jika dibandingkan dengan tahun 2020 yang hanya pada kadar 5.2 peratus dan 4.9 peratus bagi simpanan syariah.

Kredit: Releven

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas