Connect with us

Oh! Media

KUIZ: Bangga Dengan Negeri Kelahiran Anda? Jom Uji Pengetahuan Tentang Negeri Lain

hari malaysia

Oh! Lifestyle

KUIZ: Bangga Dengan Negeri Kelahiran Anda? Jom Uji Pengetahuan Tentang Negeri Lain

Setiap tahun pada 16 September kita akan menyambut Hari Malaysia dan ia perlu dijadikan asas untuk memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia.

ADVERTISEMENT

Tapi sebelum kita rungkai lebih lanjut tentang sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia, mari kita uji sedikit pengetahuan korang tentang ibu negeri di Malaysia.

Amacam, dapat markah penuh ke tidak? Walaupun kita sentiasa bersemangat dan menyokong negeri kelahiran kita, itu tidak bermakna untuk kita mengabaikan negeri-negeri lain. Kita perlu ambil tahu kerana kita anak Malaysia!

Sejarah ringkas penubuhan Persekutuan Malaysia

Ringkasnya pembentukan negara pada 16 September 1963 – ketika itu menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah (ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara) – bermula melalui ucapan Ketua Menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dalam satu persidangan di Singapura pada 1961.

Beliau membayangkan penubuhan sebuah negara dengan menggabungkan empat wilayah terbabit untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin menular.

Hasil pungutan suara diadakan pada Februari hingga April 1962, menyaksikan 80 peratus responden bersetuju dan laporan itu diserahkan kepada kerajaan British pada 21 Jun 1962, seterusnya membawa kepada rundingan antara Tunku Abdul Rahman dan Perdana Menteri Britain, Harold Macmillan di London.

Pada 14 September 1963, laporan PBB dikeluarkan yang mengesahkan majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk sebuah negara dengan gabungan bersama Tanah Melayu dan Singapura.

Akhirnya, pada 16 September 1963, pembentukan Malaysia menjadi kenyataan dan pengisytiharan mengenainya dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Namun, tercetus beberapa masalah politik dalaman yang antara Tanah Melayu dan Singapura menyebabkan negara pulau itu menarik diri daripada Persekutuan dua tahun selepas bergabung.

Jom cuba kuiz ini juga: KUIZ: Anda Bangga Jadi Anak Malaysia? Jom ‘Test’ Pengetahuan Asas Di Sini

Marilah sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang untuk memeriahkan lagi Hari Malaysia meskipun berada dalam pandemik. Didoakan semoga negara akan ‘merdeka’ daripada wabak Covid-19 tidak lama lagi. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas