Connect with us

Oh! Media

Koleksi Baharu Bata Red Label, Selesa Dari Siang Ke Malam

aedy ashraf, anna jobling

Branded

Koleksi Baharu Bata Red Label, Selesa Dari Siang Ke Malam

Untuk melengkap gaya, bukan pakaian je penting, pemilihan kasut juga perlu diberi perhatian. Selain menjadi sebahagian dari gaya dan fesyen, kasut juga menentukan keselesaan untuk bergerak. Nak berjalan atau beraktiviti seharian ke mana saja pun tak ada masalah.

Jadi, pemilihan kasut yang selesa dan versatil untuk dipadankan dengan pelbagai gaya pakaian memang penting. Untuk itu, jenama kasut popular, Bata, memperkenalkan Koleksi Baharu Bata Red Label.

Bata yang sekarang bukanlah seperti seperti sekarang. Bata yang dulu selalu dikaitkan dengan kasut sekolah atau pun kasut kerja biasa. Kini rekaan Bata Red Label menekankan ciri estetika, keselesaan dengan fesyen terkini.

Semua ini bagi memenuhi permintaan dan keperluan selera fesyen masa kini. Yang penting, harganya masih mampu milik tanpa kompromi kepada keselesaan buat pemakai.

Memang Bergaya, Memang Selesa dengan Koleksi Baharu Bata Red Label

Kami kongsikan 3 sebab kenapa Bata Red Label patut ada dalam koleksi kasut korang. Cuba sendiri sepasang hari ini, pastinya takkan bertukar kepada jenama lain.

Bergaya

Selesa dan gaya dalam satu pasang. Koleksi ini menawarkan rekaan yang pasti mengundang pujian. Apatah lagi dengan seleksi warna memikat dan menyerlah selain perincian menarik. Siapa yang tak nak kasut yang bukan sahaja secocok untuk dipadankan dengan OOTD setiap hari, yang paling penting tentunya selesa.

Versatil

Untuk kerja dari jam 9 hingga 5, kemudian lepak dengan rakan-rakan dari pukul 5 ke 9, Bata Red Label adalah jawapannya. Sepasang kasut dengan rekaan moden, cukup praktikal digayakan dari pagi sampai ke malam.


Selesa

Pernah tak terfikir, kenapa sepasang kasut boleh jadi cukup selesa setiap kali disarung? Untuk beberapa model terpilih Bata Red Label, mereka menggunakan LifeSole dari kecanggihan teknologi Ortholite. Ini memastikan setiap pasang kasut ringan, mempunyai kawalan lembapan, kaki lebih senang ‘bernafas’ dan pemakainya 50% lebih selesa.

3 jenis kasut Bata Red Label mesti ada untuk wanita 

Pump Heels

bata red label heels

Untuk pakaian yang ringkas seperti t-shirt dan jeans, kenakan dengan pumps berwarna terang atau pastel. Untuk pilihan lebih berani, pilih warna yang menyerlah seperti color block. Jangan risau, Koleksi Baharu Bata Red Label ada banyak pilihan warna untuk dipilih. Rambang mata dibuatnya!

Flats

bata red label flats

Flat yang stylish cukup untuk dipadankan dengan stail yang berbeza. Perincian seperti buckle pada kasut menjadikan keseluruhan padanan menyerlah tanpa terlalu mencuba. Mahukan penampilan lebih klasik dan dalam masa sama menampilkan ciri elegan dan feminin, inilah kasut paling ideal!

Tapak jenis rata seperti ini sesuai untuk hari yang panjang contohnya perlu berjalan atau berdiri seharian ketika bekerja.

Heels bertali

bata red label strappy heels

Pilihan tepat untuk mereka yang mencari sepasang kasut gaya smart kasual dan formal. Lebih santai dalam masa sama mengekalkan ciri glamor.

Koleksi Baharu Bata Red Label menampilkan warna ‘menjerit’ seperti hot fuchsia dan lime green. Bagi yang lebih menyukai gaya minimal, warna-warna neutral boleh jadi pilihan. Untuk lebih selesa, kenakan heels dengan platform atau block bagi menjamin lebih keselesaan seharian.

2 jenis kasut untuk jejaka mementingkan gaya + selesa

Loafers

bata red label loafers

Mahukan gaya lebih cool, kasual dan relaks? Loafers seharusnya menjadi pilihan jejaka. Nak lepak-lepak dengan kawan, dating dengan si dia, atau layan movie di panggung, loafers tidak akan salah gaya.

Kenakan dengan kemeja linen dan seluar khakis rona tanah untuk melengkapkan gaya dengan sepasang loafers pilihan.

Sneakers

bata red label sneakers

Tidak terlalu formal, tidak juga terlalu santai, sneakers Bata Red Label memberikan gaya yang fleksibel. Sesuai untuk tempat kerja memberi kebebasan berpakaian smart kasual.

Seleksi warna selamat dan kekal evergreen seperti kelabu gelap, navy blue atau tan brown adalah antara hot seller untuk koleksi ini. Sesuai digayakan dengan pelbagai jenis pakaian. Paling best tentunya teknologi Ortholite yang menjamin keselesaan seharian.

Tonton gandingan Aedy Ashraf & Anna Jobling dalam iklan Surprisingly Bata

Korang dah tonton iklan Surprisingly Bata yang menampilkan pelakon terkemuka yang juga dilantik sebagai wajah Bata Red Label, Aedy Ashraf dan Anna Jobling? Jom tonton dengan klik video di atas ini.

Cuba sendiri Koleksi Baharu Bata Red Label-Memang Bergaya Memang Selesa di butik Bata berhampiran dan korang pasti jatuh cinta dan memiliki sepasang (atau dua) dari koleksi ini. Dapatkan maklumat lanjut di SINI.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas