Connect with us

Oh! Media

Kerjasama Khas Universiti Taylor’s Dan Newswav, Kukuhkan Kewartawanan Digital Negara

Branded

Kerjasama Khas Universiti Taylor’s Dan Newswav, Kukuhkan Kewartawanan Digital Negara

Baru-baru ini, pihak Universiti Taylor’s dan Newswav bersetuju menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi memperkukuhkan perkembangan kewartawanan digital dari segi akademik.

BACA: Catcha Digital Berhad Ambil Alih Sepenuhnya Syarikat iMedia Asia

Memorandum tersebut melambangkan kerjasama antara kedua pihak selama dua tahun. Kerjasama ini memberi peluang buat pelajar Sarjana Muda Komunikasi Massa pengkhususan Kewartawanan mengambil bahagian dalam program baru Newswav Creator Incubation Programme.

Bidang kewartawanan digital

digital

MOU tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Sekolah Media dan Komunikasi, Prema Ponnudurai bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Newswav, Swee Wai Hoow.

Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Universiti Taylor’s untuk melancarkan Newswav Creator Incubation Programme. Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat membantu wartawan dan penulis muda untuk mencapai kerjayaan dalam era digital.

Swee Wai Hoow

Program Newswav Creator Incubation ini membuka peluang buat pelajar bagi membina portfolio mereka dan melatih kemahiran kewartawanan dibawah bimbingan Newswav.

Dalam pada masa yang sama, kandungan yang dihasilkan oleh para pelajar melalui kerjasama ini akan dimuat naik dan tersedia di aplikasi dan laman web milik Newswav.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas