Connect with us

Oh! Media

Kenapa Cadar Dan ‘Towel’ Hotel Kebiasaanya Bewarna Putih? Ini Sebabnya

Oh! Lifestyle

Kenapa Cadar Dan ‘Towel’ Hotel Kebiasaanya Bewarna Putih? Ini Sebabnya

Menginap atau menyewa hotel merupakan perkara asas bagi individu yang melancong ke sesuatu tempat bagi mendapat tempat untuk tidur.

ADVERTISEMENT

BACA: Kenapa Atlet Kena ‘Shower’ Selepas Terjunan? Ini Sebabnya

Kebiasaanya, para pelancong yang menginap di hotel akan disajikan dengan pelbagai kemudahan seperti berus gigi, sabun, towel, dan sebagainya.

Tetapi, adakah anda perasan bahawa setiap hotel yang kita menginap, warna pada cadar dan towel kebiasaanya bewarna putih.

Bukan sahaja cadar dan towel, malah katil serta sarung bantal juga sama bewarna putih. Kenapa perlu memilih warna tersebut sedangkan terdapat banyak lagi warna yang tersedia?

Sebab cadar dan towel hotel warna putih

katil hotel

Setiap tujuan mesti ada sebabnya. Menurut Mentalfloss, setiap hotel kebiasaanya menggunakan cadar putih supaya dapat mengenalpasti kotoran dengan lebih cepat.

Jika menggunakan warna yang gelap, ia pasti sukar buat mereka untuk mengesan kotoran dan menyebabkan cadar mudah dihinggap kutu.

Oleh itu, cadar atau towel yang bewarna putih akan mempercepatkan kerja mengesan kotoran dan menjaminkan keadaan bilik yang bersih.

Pemula kepada cadar putih

Menurut artikel itu, idea itu dimulakan oleh seorang pemuda bernama Westin pada tahun 1990-an dan mendapat sokongan daripada Naib Presiden Reka Bentuk Hotel dan Sheraton, Erin Hoover.

Menurut pemuda itu, penggunaan cadar putih mampu menghasilkan kesan ‘halo’ yang bermaksud pandangan positif seseorang melalui pandangan pertama.

Jika menggunakan barangan putih, maka orang akan dapat melihat kebersihan hotel tersebut, sekaligus mencipta reaksi positif dalam kalangan pengguna.

Selain itu, penggunaan cadar putih juga mampu memudahkan kerja-kerja pembersihan dan tidak perlu risau jika warnanya luntur selepas cucian.

Oleh itu terjawablah segala persoalan dalam benak fikiran. Walaupun ia dilihat remeh, namun ia juga merupakan strategi bagi menarik perhatian pengguna untuk lebih yakin terhadap kebersihan sesebuah hotel.

Kredit: Mentalfloss

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas