Connect with us

Oh! Media

Kenali Choupette Kucing Terkaya Di Dunia, Warisi Harta Bernilai 200 Juta!

Oh! Lifestyle

Kenali Choupette Kucing Terkaya Di Dunia, Warisi Harta Bernilai 200 Juta!

Pelik tapi benar! Itulah perkataan yang dapat digambarkan apabila seekor kucing peliharaan menjadi salah seorang pewaris kepada harta peninggalan pereka fesyen terkenal dari German, Karl Lagerfeld. Mendiang dipercayai telah mewariskan kucing bernama Choupette sejumlah harta bernilai $200m.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Mirror, Karl meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu akibat komplikasi kanser di usia 85 tahun. Semasa hayatnya, Choupette merupakan cinta hati yang sangat disayangi Karl. Pereka fesyen itu melayani Choupette bak puteri raja!

Dia mempunyai dua orang pembantu khas semata-mata untuk menata rias dan bermain dengannya. Kucing terkaya ini turut memiliki sebuah ipad untuk menghilangkan bosan apabila puas bermain.

Selain itu, Choupette turut mempunyai chef peribadi di mana dia dihidangkan empat jenis hidangan mewah berbeza setiap hari. Antara menu kegemarannya adalah king crab, smoked salmon dan caviar.

Karl memberikan layanan istimewa di mana mereka akan makan bersama-sama di meja makan. Menurut Karl, membiarkan Choupette makan di lantai adalah perbuatan tidak bertamadun.

Tidak hanya goyang kaki, Choupette menjana pendapatan dengan menjadi model kepada jenama terkenal di German dan Jepun. Untuk dua ‘job’ berkenaan, kucing bertuah ini menerima bayaran sebanyak 3 juta euro setahun.

Semasa kolaborasi dengan jenama Shu Uemura dan Vauxhall Corsa, Choupette menandatangi kontrak berjumlah 2 juta euro. Tidak hairanlah jika Choupette diberikan dua orang bodyguard semata-mata untuk melindunginya!

Selepas pemergian Karl, peminat yang mengambil berat tertanya-tanya mengenai keadaan terkini Choupette. Namun, dia dimaklumkan berada dalam keadaan sihat dan menjalani kehidupan mewah seperti biasa.

Choupette kini dijaga oleh seorang pengasuh yang juga merupakan penjaga rumah Karl Lagerfeld di Paris.

Kredit: Mirror, Instagram choupetteofficiel

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas