Connect with us

Oh! Media

Kekal Romantis Sampai Anak Cucu, Ini 5 Tips Buat Hubungan Cinta Bertahan

20230505 104027 0000

Oh! Lifestyle

Kekal Romantis Sampai Anak Cucu, Ini 5 Tips Buat Hubungan Cinta Bertahan

Sejak kebelakangan ini, kita selalu dengar mengenai permasalahan yang melanda dalam satu hubungan pasangan hingga mengakibatkan pengakhiran seperti penceraian.

BACA: #YTJT Ini Tiga Faktor Utama Punca Kadar Cerai Negara Meningkat

Tapi, bagaimana nak kekalkan hubungan tersebut sampai ke anak cucu eh? Jom, Oh! Media kongsi lima tips buat korang dan pasangan untuk sentiasa kekal lama bersama.

IKLAN

5 tips hubungan kekal lama

1. Hormat-menghormati

Image 34

Hormat menghormati adalah sangat penting dalam menjaga satu hubungan. Tak kira sama ada korang telah lama berkenalan dengan pasangan korang, pastikan korang sentiasa hormat perasaan sesama sendiri dan menjaga privasi pasangan.

2. Jaga komitmen

Image 35

Komitmen juga merupakan isu yang sangat dititikberatkan dalam hubungan percintaan. Kalau korang telah berjanji untuk sentiasa berada bersama ketika susah atau senang, pastikan korang sentiasa patuh dan menjaga janji tersebut. Tak kira perkara kecil atau besar, kalau janji pastikan ia dijaga sebaik mungkin.

3. Fleksibel dan bersedia berubah

Image 36

Setiap manusia mempunyai kekurangan tersendiri dan ia juga tidak salah untuk kita berubah demi pasangan bagi perkara yang lebih baik. Dalam pada masa yang sama, bersedia untuk berkorban sedikit demi sedikit merupakan satu usaha yang baik.

4. Komunikasi antara pasangan

Image 37

Bila ada masalah, duduk dan berbincanglah dengan cara yang baik. Komunikasi yang baik mampu membuatkan sesuatu hubungan itu lebih bertahan lama. Psst, bincang baik-baik yer jangan terus mengamuk atau senyap pula.

5. Saluran empati terbuka

Image 33

Faham dan dengar perasaan pasangan. Buka dan beri ruang buat pasangan untuk bercerita dan cuba memahami dengan berada di tempat mereka. Dalam sesuatu hubungan pastikan satu sama lain sentiasa ada untuk support.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas