Connect with us

Oh! Media

“Jangan Ramah Sangat Dekat Laki Orang” – Pekerja Restoran ‘Ditegur’ Gara-Gara Senyum Pada Pelanggan

Oh! Lifestyle

“Jangan Ramah Sangat Dekat Laki Orang” – Pekerja Restoran ‘Ditegur’ Gara-Gara Senyum Pada Pelanggan

Baru-baru ini, seorang pemilik restoran terkejut menerima satu mesej daripada salah seorang pelanggan yang telah menegur sikap pekerja restorannya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bila Suami Pegang Tangan, Dia Akan Jeling Saya” – Wanita ‘Pening’ Dengan Perangai Adik Ipar Yang Terlalu Cemburu

Teguran pelanggan itu dianggap tidak wajar kerana pelanggan yang dipercayai seorang wanita, telah memarahi pekerjanya hanya kerana melemparkan senyuman kepada suami wanita tersebut. Eh, ye ke?

Hanya kerana senyuman

Menurut screenshot yang dikongsi oleh pemilik restoran tersebut, wanita itu menjelaskan rasa tidak puas hati terhadap layanan mesra pekerjanya.

Maaf ye kalau saya lancang berkata. Boleh tak pihak kedai bagitahu dekat pekerja yang pakai tudung hijau/biru hari ini, jangan nak ramah sangat dekat laki orang. Kalau nak berterima kasih, cukup cakap terima kasih tak perlu nak senyum-senyum.

Pemilik kedai makanan tersebut menganggap bahawa teguran itu sangat tidak relevan. Hal ini kerana layanan mesra merupakan salah satu etika perlu dipraktikkan ketika berhadapan dengan pelanggan.

Hm, agaknya apa pula pendapat pembaca Oh! Media?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas