Connect with us

Oh! Media

Ini Tips Mudah Dekorasi Bilik Tidur Sempit Jadi Lebih Selesa Gaya Minimalis

Oh! Lifestyle

Ini Tips Mudah Dekorasi Bilik Tidur Sempit Jadi Lebih Selesa Gaya Minimalis

Bila dapat ruang bilik yang kecil, mesti kita akan rasa runsing untuk fikir cara-cara mendekorasi bilik itu agar nampak lebih selesa.

ADVERTISEMENT

BACA: #YTJT Menu Rahmah Kini Dalam Vending Machine

Jangan risau, kali ini kami nak kongsi beberapa tips untuk mencantikkan bilik korang walaupun ruangnya sempit hasil nukilan Amri Hassan.

Tips dekorasi bilik kecil

bilik

Gunakan warna pastel

Warna-warna lembut dan pastel akan membuat ruang yang kecil nampak lebih luas. Ia juga akan memberi mood yang menenangkan dalam pada masa yang sama

bilik

Perabot yang minimal

Setelah selesai mengecat bilik, penggunaan perabot juga merupakan faktor yang penting. Bilik tidur hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari. Oleh itu, penggunaan perabot yang kurang akan menyebabkan ruang bilik nampak lebih luas.

bilik

Cermin bilik

Cermin akan memberikan dimensi yang lebih luas buat ruang bilik yang sempit. Lagi besar cermin, lagi luas bilik akan kelihatan.

bilik

Cahaya yang terang

Jika bilik anda mempunyai tingkap, gunakan langsir yang berwarna cerah bagi memberi kesan tingkap nampak lebih tinggi. Jangan lupa perbaiki lampu jika rosak bagi mendapatkan pencahayaan yang lebih baik.

bilik

Cadar yang lembut

PIlih cadar yang menggunakan warna terang dan kurang bercorak. Cadar akan mempengaruhi emosi dan memberi kesan katil kelihatan tidak serabut.

Ha, mudah sahaja bukan. Selamat mencuba!

Kredit: Gempak (Amri Hassan)

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas