Connect with us

Oh! Media

Ini Resipi Biskut Makmur Susu Yang Gebu, Cair Di Mulut!

biskut makmur susu

Oh! Lifestyle

Ini Resipi Biskut Makmur Susu Yang Gebu, Cair Di Mulut!

Kalau cakap pasal biskut raya, korang paling suka biskut apa? Haa mesti tak tahu nak sebut yang mana satu kan? Yela, boleh dikatakan semua biskut raya tu dah jadi favorite dan wajib ada setiap tahun!

ADVERTISEMENT

Memandangkan bulan depan dah bermulanya bulan Ramadhan, Oh! Media kali ini nak share satu resipi yang mudah je nak buat, tapi memang sedap weh! Masuk je dalam mulut, dia cair!

Resipi biskut raya kali ini adalah biskut makmur susu yang gebu dan sedap hingga terbawa-bawa mimpi la! Haha. Haa, biskut ni bukan je orang dewasa yang suka tapi kanak-kanak pun suka sebab memang sedap rasa dia.

Kalau korang nak try buat semasa bulan puasa nanti, bolehlah cuba resipi ni! Resipi ni dikongsikan oleh Nora Afida di Facebook. Mudah je tau, jom baca!

biskut makmur susu

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk doh biskut makmur adalah:

  • 4 cawan tepung gandum yang disangai hingga naik bau
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu tepung, tak kisah jenama apa
  • 3 sudu besar buttercup matau minyak sapi. Cair dan sejukkan!
  • Minyak jagung secukupnya

Bahan-bahan untuk inti biskut makmur pula:

  • 500 gram kacang tanah yang disangai tanpa minyak, buang kulit dan juga dikisar. Kalau nak tumbuk pun boleh!
  • Minyak jagung secukupnya

Cara-cara

Korang kena sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.

Campurkan tepung gandum yang dah disangai tu bersama gula castor, butter atau minyak sapi yang dah dicairkan. Korang kena pastikan butter atau minyak sapi tu dah sejuk lepas dicairkan. Campur sekali dengan susu tepung dan gaul rata!

Selepas itu, masukkan sikit-sikit minyak jagung ke dalam adunan. Masukkan secukupnya hingga tepung adunan tu boleh digentel dengan cantik. Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tak berderai semasa digentel.

Untuk inti biskut makmur pula, sangai kacang tanah tanpa minyak terlebih dahulu. Buang kulitnya dan kisar kacang tu. Ikut korang, terpulang nak kisar halus atau kasar, okay! Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa.

Campurkan dengan sedikit minyak jagung atau mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Haa ni tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti!

Kemudian boleh bakar dengan suhu 150˚ selama 20 minit. Dah siap bakar, biarkan suam sikit biskut makmur tu.

Dah suam, golekkan biskut makmur dalam gula icing dan siap!

Susun la biskut makmur tu dalam botol kuih bila dah sejuk. Ingat, masukkan dalam botol yang kedap udara okay!

biskut makmur susu
biskut makmur susu

Haa mudah je kan nak buat? Korang boleh la cuba buat ikut resipi biskut makmur ni. Dah dua tahun tak dapat raya, tahun ni mestilah nak kena all out untuk raya kan? Haha! Dah cuba nanti boleh la share gambar dan tag Oh! Media, baru meriah! Hehe selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas