Connect with us

Oh! Media

Ini Cara Korang Jadi Bos Sendiri, Buat Duit Sehingga RM1,400 Seminggu!

Branded

Ini Cara Korang Jadi Bos Sendiri, Buat Duit Sehingga RM1,400 Seminggu!

Sekarang ni, di mana-mana je orang cuba buat pendapatan sampingan. Iyalah, barang keperluan semakin mahal, nak tak nak mestilah kena cari duit tepi untuk menyara hidup. Kalau korang ada motosikal dan kereta sendiri, ada peluang jana pendapatan korang kena tahu. Jom kami kongsi.

Nak masak tapi tak ada masa? Nak ke sana-sini tapi tak mahu leceh pikir parking, tol dan jalan sesak? Semuanya boleh settle je dengan Grab. Sekarang, korang pun boleh join Grab sebagai rider atau driver. Dari jadi pengguna, tiba masa untuk jadi sebahagian dari Grab pula!

Kenapa Grab?

Soalan yang mungkin korang fikir adalah kenapa mesti Grab? Haa, dengan Grab, korang berpeluang jana pendapatan sehingga RM 1,400 seminggu sebagai Pemandu E-Hailing. Waktu kerja, lokasi dan seberapa kerap pun korang boleh putuskan sendiri. Senang cerita, boleh jadi bos sendiri. Pemandu Grab juga boleh nikmati bayaran balik sehingga 100% daripada Grab untuk semua keperluan PSV di seluruh negara!

Pendapatan dari Grab pun boleh dikeluarkan secara harian. Tak perlu tunggu berhari-hari. Maklumlah, kadang-kadang kita perlu guna wang cepat kan? Bukan tu je, ada juga gambaran pendapatan untuk driver dan rider bagi memudahkan perancangan kewangan korang nanti. Lebih senang nak rancang pendapatan sendiri nanti.

Selamat ke bawa Grab? Bila bekerja di jalan raya, semestinya soalan macam tu tak boleh dielakkan? Lebih-lebih lagi Riders yang memandu motosikal. Dengan Grab, pemandu dan rider dilindungi insuran xperibadi  perlindungan percuma. 

Kalau ada kecemasan ketika hantar pelanggan atau barangan, boleh je kongsikan lokasi korang berada secara real-time. Selain tu, ada butang kecemasan juga untuk detik tidak dijangka.

Manfaat memandu & menunggang dengan Grab

Jalan Dengan Yakin bersama Grab

Memahami keperluan untuk mendapatkan keyakinan ramai bagi menjadi sebahagian daripada Grab, mereka menawarkan pelbagai aspek untuk memastikan kepentingan semua terjaga. 3 kategori perlindungan GrabBenefits termasuklah:

Perlindungan

Perlindungan kemalangan peribadi atau perlindungan premium untuk rider atau pemandu Grab serta ahli keluarga. Turut didapati adalah sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan tambahan 10% dari Grab untuk mereka yang layak, serta bayaran Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO)

Penjimatan

Dapat lebih berjimat-cermat bagi keperluan harian dengan diskaun petrol, barang keperluan, membaiki kenderaan dan banyak lagi. Gunakan Shop Now dan Pay Later untuk lebih fleksibiliti.

Akademi

Grab juga sediakan GrabAcademy untuk driver dan rider mereka belajar kemahiran baru bagi perkembangan peribadi dan kewangan di masa depan. Antaranya tujuan celik digital seperti Microsoft dan sebagainya. Akan turut dilaksanakan adalah GrabFinancing bagi memenuhi keperluan partner mereka.

Masa fleksibel

Mungkin ramai driver Grab kita jumpa dari golongan lelaki, tapi berbeza pula dengan Nur Farah Azyra. Dia memilih Grab kerana masa fleksibel untuk bekerja dan kebebasan untuk cuti bagi meluangkan masa dengan anak-anaknya.

“Paling menggembirakan saya sendiri boleh mengaturkan waktu bekerja setiap hari, malah mudah merancang masa cuti terutama untuk pulang ke Kedah bagi menemui anak-anak yang dijaga ibu di sana.

“Keadaan lebih baik apabila memilih bidang e-hailing yang membolehkan saya memiliki kenderaan sendiri untuk kegunaan bekerja dan mempunyai waktu kelapangan pulang ke rumah keluarga di Kedah pada bila-bila masa,” katanya.

Atiqah nak buktikan kekuatan wanita

Bagi Atiqah pula, dia mempunyai sebab tersendiri dari hanya membawa secara separuh masa kemudian bertukar ke sepenuh masa.

“Saya dah dengan Grab lebih 4 tahun dah. Mula-mula buat part-time je, tapi bila Covid saya terus buat full-time. Ni je pendapatan saya untuk sara hidup.

“Dulu saya pernah jadi tukang urut. 2016, saya pilih untuk kerja sendiri. Dah tak suka  kerja dengan orang. Senang bila kerja sendiri boleh ikut masa sendiri. Jadi, ada masa dengan family. Adik saya pula masih sekolah, mak pula ada berniaga, boleh la saya tolong mana patut bila kerja sendiri ni,” katanya.

Tambah menarik bagi Atiqah, Grab menyediakan pelbagai manfaat untuk lebih penjimatan selain penyediaan kursus untuk persediaan masa depan.

“Selain kerja masa fleksibel, banyak benefit bila dengan Grab macam promosi untuk petrol, tayar, kursus akademik. Boleh juga upgrade motor. Insentif macam ni bagi lebih semangat untuk kami kerja lebih kuat, lagi banyak benefit dapat nanti.

“Satu lagi yang saya suka pasal Grab ni sebab ada komuniti wanita sendiri. Kitorang ada lebih 100 ahli umur dalam 20 hingga 48 tahun. Ini bukti perempuan macam kitorang pun boleh buat kerja macam ni. Saya harap boleh satukan semua rider perempuan dan tunjukkan pada semua kitorang pun sekuat lelaki,” akhirinya.

Macam mana nak join?

Untuk menjadi sebahagian dari Grab, hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah, penuhi beberapa syarat asas, dan korang boleh mula jadi rider atau driver Grab untuk buat pendapatan sampingan di samping kerja hakiki. Bebas, bila-bila masa pun boleh kerja tanpa jadual yang ketat. Boleh dapatkan info lanjut di SINI.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas