Connect with us
persediaan dapur

Oh! Lifestyle

Ini 6 Persediaan Dapur Khas Buat Pasangan Baru Kahwin, Tak Berasap Susah Nanti

Menikah adalah salah satu momen paling bersejarah dalam kehidupan seseorang. Setelah meraikan masjlis kahwin, pasangan baru perlu menghadapi tantangan baru dalam kehidupan sehari-hari, termasuk mengatur persediaan barangan dapur. Tak berasap dapur kang!

Jadi, kali ini Ohmedai nak kongsikan 6 persediaan yang korang perlukan untuk pastikan dapur korang berasap:

IKLAN

1. Senaraikan barang dapur yang korang perlukan bersama pasangan.

Langkah pertama ni korang kena bincang dengan pasangan dan jangan buat apa-apa keputusan secara bersendiri. Bincanglah dengan pasangan tentang makanan apa yang paling mereka suka makan dan makanan apa yang ingin mereka cuba masak di masa mendatang.

2. Pilih peralatan dapur yang berguna dan jangan membazir.

Segala jenis peralatan memasak, set pinggan mangkuk dan barangan elektrik, semuanya korang kena senaraikan. Kalau ada barang yang masih berfungsi masa bujang atau dapat hadiah waktu majlis hari tu boleh la guna dulu. Mana boleh pakai, kita pakai dulu sebab kena berjimat, banyak lagi nak beli tu nanti.

3. Beli ikut keperluan keluarga.

Kalau korang rangcang untuk tinggal berdua belilah cukup-cukup untuk digunakan berdua dan tetamu yang datang. Kalau tinggal dengan keluarga mungkin korang akan jimat sikit tapi kenalah juga beli barangan basah atau rancang keluar bersama keluarga.

4. Belanja secara cermat dan jangan membazir.

Ini bahagian paling penting dalam sesebuah hubungan suami isteri. Jangan sesekali buat keputusan sendiri tanpa berbincang. Ini bagi mengelakkan berlaku salah faham dalam hubungan dan pembaziran. Ketika berbelanja, jangan lupa bandingkan harga barang dengan beberapa buah kedai yang lain. Mungkin tak terasa jika barang yang dibeli sikit tapi ia tetap membazir.

5. Simpan dan jaga peralatan dapur dengan baik.

Setelah membawa pulang semua barang dapur baru, pastikan untuk menyimpannya dengan rapi dan teratur. Gunakan rak, tempat penyimpanan, dan kemasan yang sesuai untuk menjaga kebersihan barang yang dibeli.

Pastikan periksa dahulu tarikh luput barang yang ingin dibeli untuk mengelakkan sebarang keracunan.

6. Sama-sama berinovasi ketika memasak bersama pasangan. Lepas kahwin kenalah masak..

Untuk suami di luar sana, ada masuk dapur tak? Tapi tak juga, zaman sekarang ni ramai juga para suami yang masuk ke dapur berbanding isteri, hehe. Apapun, gunakanlah momen memasak bersama pasangan ni sebagai momen untuk eratkan lagi hubungan suami isteri. Cuba resepi baru bersama pasangan dan sama-sama nikmati. Kalau tak sedap, sama-sama menyesal. Kah!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas