
Oh! Lifestyle
Ini 6 Golongan Yang Berisiko Hidap Kanser Ovari Dan Tanda-Tanda Awal Penyakit
Oleh
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian Adibah Noor yang berpunca daripada penyakit kanser ovari. Sudah pasti, semua wanita di luar sana tertanya-tanya siapakah golongan yang berisiko hidap kanser ovari kan?

Kalau tahu awal mengenai sesuatu penyakit, maka awal lah pencegahannya, betul tak? Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Kesihatan diri ini sangat penting untuk kita jaga. Bila sihat, macam-macam perkara kita boleh buat dengan rasa gembira dan kurang stress.
Kalau korang nak tahu, kanser ovari adalah kanser ke-4 yang paling tinggi di kalangan wanita di Malaysia. Tetapi, masih ramai wanita di luar sana yang tak tahu siapakah golongan yang berisiko untuk menghidap penyakit ini.
Golongan berisiko
Jom kita tengok perkongsian daripada Dr. Samhan di TikTok!
@dr.samhan Al-fatihah & takziah buat Allahyarhamah Adibah Noor #JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok ♬ original sound – Dr. Samhan
Haa, golongan yang berisiko untuk menghidap penyakit kanser ovari adalah:
- Wanita yang tak pernah hamil
- Wanita yang tak mempunyai ramai anak
- Diet tinggi lemak dan obesiti
- Wanita yang capai akil baligh awal dan lewat menopos
- Wanita yang hamil pada usia lewat
- Mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap kanser ovari
Jadi, untuk mereka yang tergolong dalam kategori ini, pergilah ke klinik atau hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan.
Tanda-tanda awal

Untuk mereka yang mempunyai tanda-tanda awal penyakit, boleh straight away ke hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan lanjut.
Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati! Jangan takut untuk membuat pemeriksaan okay!
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
