Connect with us

Oh! Media

Gemar Mencurah Air Sejuk Pada Kuali Panas Selepas Memasak? Hentikan Tabiat Ini

D70170fe 25fe 4dec 8fd5 37b0a74e5147

Oh! Lifestyle

Gemar Mencurah Air Sejuk Pada Kuali Panas Selepas Memasak? Hentikan Tabiat Ini

Menyiram air sejuk ke dalam kuali yang masih panas untuk mengelakkan sisa makanan melekat di kuali sebelum kita mencucinya dengan sabun adalah antara perkara yang selalu kita lakukan apabila selesai memasak.

2215e6fa f9b4 4405 a18e d19f8eb17faa

Tapi tahukah anda yang tindakan itu tidak patut dilakukan. Ini kerana kuali yang masih panas perlu dibiarkan sejuk sebelum dicuci. Kenapa?

Menyiram air sejuk ke dalam kuali akan mengakibatkan ‘thermal shock’ dan ia boleh merosakkan permukaan dalam kuali tidak kiralah jika anda menggunakan kuali biasa ataupun kuali yang berjenama mahal.

IKLAN

Cara terbaik adalah dengan membiarkan kuali itu sejuk dahulu selepas digunakan sebelum dicuci.

‘Thermal shock’ adalah logam yang dikatakan mengembang ketika ia dalam keadaan panas. Sebahagian besar periuk dan kuali diperbuat daripada beberapa lapisan logam tahan karat dan mungkin memiliki beberapa lapisan enamel atau anti melekat.

Bahan tersebut akan mengembang dan menyusut pada suhu yang berbeza, tanpa kita sedar.

D70170fe 25fe 4dec 8fd5 37b0a74e5147

Apabila air sejuk tiba-tiba dicurahkan ke dalam kuali panas, ia boleh menyebabkan kuali melengkung, retak atau pecah. Atas sebab itu, jika kita lihat, ada kuali kita yang berubah bentuk.

Jadi untuk anda yang ingin menjaga kuali dirumah anda agar tahan lebih lama, cara terbaik adalah dengan membiarkan kuali itu sejuk terlebih dahulu sebelum dicuci dan bagi mengelakkan kotoran melekat pada kuali, pastikan anda guna air suam atau air panas untuk dicurah ke dalam kuali anda.

Kredit: Huffpost

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas