Connect with us

Oh! Media

Hari Tunaikan Nazar, Ini Adalah Adat Masyarakat Hindu Sambut Thaipusam

Oh! Lifestyle

Hari Tunaikan Nazar, Ini Adalah Adat Masyarakat Hindu Sambut Thaipusam

Umum mengetahui pada hari ini adalah sambutan perayaan Thaipusam yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu seluruh dunia. Tapi, apa itu Thaipusam? Hari Thaipusam merupakan sambutan bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau dikenali juga sebagai Dewa Subramaniam.

ADVERTISEMENT

Hari istimewa ini merupakan hari bagi masyarakat Hindu untuk menunaikan nazar, menebus dosa dan memohon ampun kepada Dewa. Hari ini, Oh! Media nak kongsikan beberapa adat yang dilakukan oleh penganut agama Hindu ketika menyambut Thaipusam.

Mencukur rambut

Ramai lelaki Hindu akan mencukur rambut dan mewarnakan kepala yang botsk dengan warna kunyit pada hari sambutan ini. Amalan mencukur tersebut adalah salah satu cara membayar nazar atau melupakan peristiwa yang sedih dan menanti hari-hari yang baik bakal menjelma.

Membawa susu

Ketika sambutan, masyarakat Hindu akan membawa susu yang diisi dalam belanga tembikar atau aluminium dan susu tersebut dianggap suci. Belanga itu akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hingga ke dalam kuil. Bukan semua penganut melakukan adat ini kerana pembawaan belanga bukanlah kewajipan dalam meraikan kebesaran Dewa Murugan.

Mencucuk diri

Mesti ada antara pembaca Oh! Media terfikir mengapa ada segelintir masyarakat Hindu akan ‘menyeksa’ diri mereka pada hari Thaipusam, bukan? Perbuatan ini dianggap sebagai memohon pengampunan dari Tuhan. Ada yang berjalan atas kasut berpaku, mencucuk panah besi dan mata pancing.

Jangan risau, pembayar nazar berada dalam keadaan separuh sedar disebabkan oleh bahan tertentu namun ada juga percaya bahawa mereka telah diberi ‘kuasa’ oleh dewa untuk berbuat demikian.

Membawa kavadi

Adat membawa Kavadi merupakan salah satu tumpuan utama dalam sambutan Thaipusam. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Perbuatan ini juga bertujuan untuk menghapus dosa. Kavadi boleh diangkat oleh penganut lazimnya terdiri daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-kanak dan berat kavadi bergantung pada kemampuan individu.

Ha, jadi pembaca Oh! Media dah tahu bukan apa adat Thaipusam? Kami di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Thaipusam buat masyarakat Hindu yang menyambutnya.

Kredit: Kaum India

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas