Connect with us

Oh! Media

“Hantar Rumah Orang Tua Jer”- Koleksi K-pop Dibakar, Pelajar Tampil Beri Penjelasan Selepas Dapat Komen Kasar

kpop

Oh! Lifestyle

“Hantar Rumah Orang Tua Jer”- Koleksi K-pop Dibakar, Pelajar Tampil Beri Penjelasan Selepas Dapat Komen Kasar

Sejak beberapa hari lalu kecoh di media sosial bila ada satu video menunjukkan seorang pelajar sekolah perempuan menangis sebaik sahaja pulang ke rumah selepas melihat semua koleksi K-pop miliknya telah dibakar bapanya.

ADVERTISEMENT

BACA: Bakar Koleksi K-Pop Tanpa Pengetahuan Anak, Tindakan Bapa Dikecam Netizen

Tindakan bapa pelajar itu telah mendapat pelbagai reaksi, ada yang menyokong dan ada juga yang berpendapat cara itu terlalu kasar. Nak tahu apa jadi sebenarnya? Boleh tekan link artikel atas tu.

Ayah memang orang alim

Sedar ibu dan bapanya teruk dikecam, pelajar tingkatan 2 yang dikenali sebagai Tasha itu tampil menjelaskan hal sebenar di mana ketika kejadian dia bersama ibunya hanya mengambil video suka-suka sebagai kenangan pahit yang dialaminya.

Ayah jenis yang boleh dikatakan alim orangnya. Jadi dia tak suka hiburan atau jenis macam ni (K-pop). Saya reda dengan apa yang jadi sebab taknak sedih lama-lama.

Selama ni pun saya minat gitu-gitu je, tak lebih-lebih sangat. Lepas kejadian bakar tu, saya jumpa ayah dan katanya ‘ Tak payah dah korea-korea ni. – Jelasnya.

Ada sampai yang suruh hantar ayah rumah orang-orang tua

Tasha tampil memberikan penjelasan ini juga selepas melihat kecaman netizen terhadap ayahnya terlalu melampau dan berharap agar hentikan kata-kata kurang baik terhadap ibu bapanya.

Saya amat mengharigainya. Tapi jangan salah faham tentang yang bakar itu siapa, saya bukan mengaibkan sesiapa. Ada yang sampai kata hantar terus mak ayah ni kat rumah orang-orang tua. Bagi saya ia agak keterlaluan.

Ibu Tasha kemudian berkongsi video permohonan maaf kepada orang ramai andai ada yang tersinggung terhadap video yang dikongsikannya sebelum ini. Ibunya turut mengakui tidak menyangka ia akan viral dan menjadi isu panas.

@cikatienn

♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas