Situasi ini sangat tidak baik untuk golongan muda di negara ini terutamanya mereka yang beragama Islam.
Boleh dikatakan Ohmedia sendiri pun tak terlalu terkejut dengan data yang menunjukkan golongan muda melakukan aktiviti seksual meningkat dua kali ganda sejak 2016. Ini disebabkan zaman sekarang ni memang anak muda kita terlalu terdedah dengan semua ni.
Data ini dikeluarkan Tinjauan Kesihatan Seksual dan Kesejahteraan Intim 2022 yang diambil dari lebih 1,000 rakyat Malaysia berusia 18 hingga 30 tahun. Daripada jumlah itu, sebanyak 35.4 peratus melakukan hubungan seksual berbanding 18.8 peratus pada tahun 2016. Peningkatan yang amat ketara ya gais.
Pengalaman seksual pertama pada usia muda
Lebih merisaukan apabila 62 peratus daripada mereka melakukan hubungan seksual pertama mereka ketika usia 22 tahun atau lebih muda.
Suka buat seks tanpa kondom?
Sudahlah buat hubungan seksual, tinjauan ini juga mendapati 42 peratus anak muda suka buat seks tanpa kondom. Parah macam ni.
Disebabkan itu, Pengasas SPOT Malaysia, Siti Aishah Hassan Hasri melihat anak muda kurang kenyakinan untuk membeli kondom di kedai.
Terdapat pendekatan dan pilihan lain untuk belia, seperti menghubungi rakan mereka untuk mendapatkan bantuan.
Pendedahan kepada pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif adalah penting untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan anak muda untuk meningkatkan perlindungan seksual, serta mencegah jangkitan seksual (STI) dan kehamilan tidak dirancang.
Sedih bila dengan perkara macam ni tapi itulah yang berlaku dekat anak muda kita sekarang. Diharapkan ada satu cara yang berkesan dapat membendung aktiviti tidak sihat ini dari terus berlaku.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.