Connect with us

Oh! Media

Geramnya Bila Rambut Gugur, Bulu Kucing Penuh Satu Rumah. Jom Cuba Cara Ni

Branded

Geramnya Bila Rambut Gugur, Bulu Kucing Penuh Satu Rumah. Jom Cuba Cara Ni

Cakap soal mengemas rumah, paling leceh dan renyah semestinya rambut gugur dan bulu haiwan peliharaan, lebih-lebih lagi untuk mereka dengan anak kecil. Satu rumah perlu dipastikan sentiasa bersih, yalah anak di umur sebegitu imun badan pun masih tak kuat berbanding orang dewasa. Benda kecil pun boleh berisiko menyebabkan masalah kesihatan.

Mesti ramai pemilik haiwan peliharaan dan keluarga dengan anak kecil bermasalah macam ni kan? Stres memang tak boleh elak di tempat kerja, balik rumah, kena pula pastikan setiap inci rumah kemas dan bersih tanpa bulu haiwan dan rambut gugur.

Panasonic Cordless Stick Vacuum Cleaner MC-SB85K jadi penyelamat

Vacuum 2022 ov mc sb85k 220107

Bagi membantu korang membersihkan rumah lebih mudah dan cepat, Panasonic memperkenalkan Stick Vacuum Cleaner MC-SB85K bagi menyelesaikan masalah dihadapi. Apa istimewanya model ini?

Model ini dilengkapi dengan berus bebas kusut dan bersih. Tidak seperti berus pada vacuum biasa, berus ini lebih mudah dibersihkan setelah mengumpul rambut dan bulu haiwan. Bulu berus ini dicipta kira-kira 1.9 ganda lebih padat berbanding pada vacuum biasa. Ini bertujuan mengelakkan kekusutan dan membersihkan debu dan rambut pada apa juga permukaan.

Bulu si comel, rambut gugur bukan lagi masalah dengan Tangle-Free Power Nozzle

Vacuum 2022 fe mc sb85k 2 2 1 220107

Mesti ramai nak tahu kan, macam mana sebenarnya vacuum cleaner ini berfungsi? Ketika disedut, rambut dan bulu digolekkan ke dan melalui bahagian tengah yang lebih tirus. Berus berbentuk V ini kemudiannya menyalurkan debu pada port sedutan.

Tangle-Free Power Nozzle menggunakan berus berganda berbentuk kon untuk menyedut bulu dan rambut ke dust box. Tak perlu stres dan leceh kena bersihkan rambut dan bulu yang melekat di berus vacuum.

Apa yang lebih istimewanya, plat ion pada model ini mengurangkan penggunaan elektrik dan membasmi bakteria 99% atau lebih untuk memastikan permukaan lebih bersih berbanding sebelumnya.

Dilengkapi House Dust Sensor

Vacuum 2022 fe mc sb85k 2 2 2 220107

Anak-anak kecil lebih terdedah kepada risiko pelbagai penyakit kerana fungsi antibodi badan masih tidak terbina sepenuh. Sebab itulah ibu bapa perlu sentiasa berjaga-jaga dan memastikan persekitaran sentiasa bersih untuk didiami.

Vacuum 2022 fe mc sb85k 2 4 thumb 220107

House Dust Sensor mengesan partikel debu pada tahap mikroskopik yang mungkin boleh menyebabkan alahan bukan sahaja kepada anak-anak malahan orang dewasa juga.

Apabila debu dikesan, vacuum ini secara automatik akan meningkatkan daya emparan (centrifugal force) yang mengasingkan debu dari udara. Debu yang terkumpul akan disalurkan pada bahagian pengumpulan. Hanya satu klik, debu dibuang ke tong sampah. Senang je!

Panasonic sensor logo

Lampu sensor akan berubah warna dari merah (kotor) ke biru  untuk menunjukkan keadaan sekitar yang kembali bersih. Canggih kan? Kalau nak tahu, vacuum ini adalah buatan Jepun, jadi tidak hairanlah teknologi dan kecanggihannya pun lebih dari kebiasaan.

Untuk membersihkan rumah cara mudah dari rambut gugur dan bulu haiwan peliharaan, dapatkan model Panasonic Cordless Stick Vacuum Cleaner MC-SB85K ini secara online atau menerusi pengedar sah berhampiran.Masih ragu-ragu bila memikirkan harganya? Jangan tak tahu, sekarang korang juga boleh membeli secara ansuran tanpa faedah menerusi Lazada dan Shopee! Tak ada alasan lagi guys, jom beli sekarang!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas