Connect with us

Oh! Media

‘Mula-Mula Masuk Terpaksa..’ – Sukarelawan NGO Terkejut Tengok Rumah Ibu Tunggal Anak 9

Trending

‘Mula-Mula Masuk Terpaksa..’ – Sukarelawan NGO Terkejut Tengok Rumah Ibu Tunggal Anak 9

Menjaga kebersihan merupakan salah satu tuntutan dalam agama. Selain menjadi tempat ibadah, rumah yang bersih juga terhindar daripada sebarang penyakit merbahaya.

ADVERTISEMENT

Di Facebook, perkongsian sukarelawan NGO, Natipah Abu mengundang pelbagai respon orang ramai. Seperti tidak masuk akal, seorang ibu tunggal bersama 9 anak tergamak tinggal di rumah sedemikian rupa.

JANGAN TANYA DI MANA! Kelu lidah. Mula-mula masuk terpaksa keluar semula. Rasa nak putus nyawa. Masuk semula setelah sapu minyak cap kapak penuh hidung dan mask.

Masalah paip sumbat. Rumah milik seorang ibu tunggal, anak 9. 4 orang sudah bekerja, semua tinggal serumah. “Macam manalah yang dah bekerja tu hidup dalam keadaan macam ni. Memang tak boleh nak jawab sungguh”

* Kes dirujuk kepada kita utk tujuan membaiki paip yg tersumbat setelah ditolak beberapa pihak …

Menurut wanita ini, sebaik menjejak kaki ke rumah berkenaan, dia terpaksa keluar semula kerana tidak tahan dan terpaksa menyapu minyak angin di bahagian hidung.

Difahamkan rumah tersebut menghadapi masalah paip bocor dan kes dirujuk kepadanya setelah ditolak beberapa pihak.

Di ruangan komen, orang ramai mengecam sikap tidak bertanggungjawab penghuni rumah. Menurut mereka, miskin bukanlah satu alasan untuk mereka hidup dalam keadaan kotor.

Kredit: Natipah Abu

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas