Connect with us

Oh! Media

Cristiano Ronaldo Hanya Perlu 1 Minit 22 Saat Untuk Atasi Gaji Minimum RM1,500

cristiano ronaldo

Oh! Lifestyle

Cristiano Ronaldo Hanya Perlu 1 Minit 22 Saat Untuk Atasi Gaji Minimum RM1,500

Akhirnya, terjawablah sudah ke mana hala tuju bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo yang memutuskan untuk berpindah ke kelab Arab Saudi, Al Nassr bagi musim depan dan akan berkhidmat untuk dua tahun setengah.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Berita Harian, Ronaldo kini menjadi pemain paling mahal dalam sejarah selepas menerima bayaran 173 juta pound (RM761.3 juta) setahun.

Kerja sesaat dapat bayaran RM24

Ini bermakna Ronaldo hanya memerlukan 1 minit 22 saat sahaja untuk mengatasi bayaran gaji minimum negara iaitu RM1,500 dan RM24.2 sesaat.

Kalau Ronaldo tidur selama 8 jam sehari sekalipun, beliau akan menerima bayaran sebanyak RM703,512. Fuhh!

Kehadiran Ronaldo di bumi Arab Saudi ini turut dilihat sebagai strategi kelab Al Nassr memenangi lebih banyak piala. Bagi kerajaan Arab Saudi pula, mereka melihat ia sebagai satu pelaburan penting untuk membida hak penganjuran Piala Dunia 2030.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas