Connect with us

Oh! Media

Cikgu Masih Berfikir Sebab Pelajar Sanggup Habis Puluhan Ribu Ringgit Hadiahkan Kereta Perodua Aruz

hadiahkan kereta

Oh! Lifestyle

Cikgu Masih Berfikir Sebab Pelajar Sanggup Habis Puluhan Ribu Ringgit Hadiahkan Kereta Perodua Aruz

Teringat dulu-dulu mesti kelam kabut cari hadiah untuk cikgu kita sayang tiap kali Hari Guru. Baru-baru ni tersebar gambar menunjukkan seorang guru telah menerima hadiah sebuah kereta Perodua Aruz dalam majlis persaraannya.

ADVERTISEMENT

Guru yang dikenali sebagai Ahmad Bidin, 58 tahun bakal menyambut hari lahirnya pada 16 Disember ini dan telah menerima hadiah paling tidak disangka-sangka dari bekas pelajarnya.

Hadiah khas dari pelajar tahun 1980 sehingga 2021

Cikgu Ahmad Bidin mengajar subjek matematik dan matematik tambahan di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan terbukti amat disayangi anak muridnya. Kegembiraan ini dikongsikan seorang pengguna Twitter @yaye_zaini yang merupakan bekas pelajar guru terbabit. Dia turut menyatakan para pelajar dari tahun 1980 sehingga 2021 telah membuat kutipan khas untuk membeli Perodua Aruz itu secara tunai.

Nombor pendaftaran kereta AMD 8521 dipilih khas

Berdasarkan Yaye, nombor pendaftaran kereta turut dipilih khas iaitu AMD (Ahmad), 85 (mula mengajar tahun 1985) dan 21 (bersara tahun 2021). Ini bermakna cikgu Ahmad telah mengajar di TKC selamat 35 tahun.

Ye 35 tahun dia mengajar di tkc dari start posting sampai pencen. Tolak tawaran utk naik pangkat jadi pengetua. Jawatan terakhir adalah penolong kanan akademik. – Kongsi Yaye.

Cikgu Ahmad masih berfikir sebab bekas pelajar sanggup habis puluhan ribu ringgit

Memetik laporan Utusan Malaysia, majlis persaraannya tidak dapat dilakukan di sekolah kerana perlu mematuhi SOP. Sebab itu ia terpaksa dilakukan di hotel yang dihadiri bekas guru, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan bekas pelajar.

Sampai ke saat ini, saya masih terfikir sebab utama bekas pelajar terdiri daripada 38 kelompok (batch) pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 1980 hingga 2021 memberikan saya hadiah yang bernilai puluhan ribu ringgit ini.

Tidak terkata saya dibuatnya, namun saya ucapkan terima kasih kerana menghargai usaha saya yang tidak seberapa ini dalam mendidik mereka.

Saya sebagai guru hanya bertindak sebagai penunjuk jalan supaya semua pelajar saya dapat lebih cemerlang dalam akademik serta kehidupan

Tahniah diucapkan kepada cikgu Ahmad dan selamat bersara cikgu.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas