Connect with us

Oh! Media

Bukan Setakat Habuk, Kotoran Degil Pun Licin Kena ‘Sapu’, Teknologi Ini Wajib Ada Di Setiap Rumah!

Roborock Q Revo

Branded

Bukan Setakat Habuk, Kotoran Degil Pun Licin Kena ‘Sapu’, Teknologi Ini Wajib Ada Di Setiap Rumah!

‘Wei, aku geli la nak pijak lantai rumah kau, bukan berhabuk je, siap melekit… Ew’

Siapa dekat sini pernah dapat teguran macam ni daripada kawan-kawan atau ahli keluarga sendiri? Kami yakin confirm korang malu lepas kena tegur dan kalau boleh korang dah tak nak ajak mereka datang lagi betul tak? 

Ish, ish, ish, jangan sampai macam tu tau guys! Kami faham sangat bila situasi macam ni berlaku. Bukan apa, kita memang nak kemas rumah, namun disebabkan kekangan masa, kita selalu menangguh. 

Lepas ni, korang jangan risau sebab kami nak kongsi barang baik yang bukan saja dapat menjimatkan masa, malah sezarah habuk dan melekit pun tak ada tau! Kalau nak tahu, korang wajib baca sampai habis!

Habuk Tak Berani Nak Jatuh, Ini Antara Kelebihan Roborock Q Revo!

Untuk korang yang selalu tangguh aktiviti kemas rumah, lepas ni korang dah tak perlu risau sebab dengan adanya Roborock Q Revo, korang boleh goyang kaki sambil pantau menerusi telefon pintar korang saja tau! Biar betul?! 

Haa, amazing kan? Ini 5 kelebihan Roborock Q Revo yang confirm akan buat korang nak dapatkan satu!

1. Ciri Mop Dwi Pertama Roborock Bakal Kilatkan Lantai Rumah!

Dengan adanya ciri mop dwi yang berputar sambil menekan ke atas permukaan lantai, ia dapat membantu menghilangkan kotoran dengan lebih mudah pada kelajuan putaran 200 RPM tau!

Menariknya, ia juga mempunyai ciri mengangkat mop automatik sehingga 7mm, membolehkan ia mengemop lantai tanpa meninggalkan kesan atau membasahi permaidani korang. Pergh, bagusnya!

2. Pangkalan Dok Boleh Tanggal Sepenuhnya Untuk Mudahkan Pembersihan

Kebiasaannya, bila ada peralatan mop elektronik ni, perkara paling leceh nak buat adalah nak asingkan dok untuk mop dan menyapu betul tak? 

Haa, dengan Roborock Q Revo, korang tak perlu bersusah-susah lagi sebab ia mudah ditanggalkan, membolehkan pembersihan yang lebih teliti! 

Paling penting, mop ini akan terangkat secara automatik apabila ia mengesan karpet. Jadi, ia dapat mengemop lantai dan pada masa yang sama, dapat menyedut habuk dan kotoran daripada karpet rumah tanpa membasahkannya. Bestlah vakum mop ni!

3. 4 Fungsi Dalam Satu Dok

Apa yang menarik dengan Roborock Q Revo ni yang kami rasa bonus point adalah, ia mempunyai 4 jenis ciri yang dapat mengurangkan keperluan untuk korang buat kerja secara manual berulang kali. Antara ciri tersebut adalah

Self-Washing – ia akan putar dan gosok pad mop di sepanjang pangkalan dok untuk memastikan ia bersih selepas setiap larian

Self-Drying – ia akan mengeringkan pad mop sepenuhnya dengan udara suam 45°, menghalang bau yang tidak menyenangkan dan pertumbuhan acuan. Paling best, korang dah tak perlu keringkan pad mop secara manual di luar rumah!

Self-Emptying – ia dapat dibiarkan sehingga 7 minggu tanpa pengosongan manual

Self-Refilling – ia akan mengisi tangki air robot secara automatik untuk julat mengemop maksimum sehingga 400 meter persegi (bersamaan 4,305 kaki persegi)

Fuh, dengan semua ciri yang ada pada Roborock Q Revo ni, memang lagi senang kerja korang untuk kemas rumah! 

4. PreciSense LiDAR Navigation, Teknologi Reaktif Yang Dapat Mengelak Halangan

Antara perkara yang biasa kita fikir sebelum dapatkan peranti vakum mop ni adalah sejauh manakah ia akan pergi dan bagaimana ia berfungsi untuk meliputi sesetengah kawasan yang kita inginkan betul tak? 

Kalau korang nak tahu, dengan Roborock Q Revo, ia dapat membantu untuk mengelak sebarang potensi bahaya di ruangan rumah dengan tepat untuk memastikan pengalaman pembersihan yang lebih mudah tau. 

Menerusi ciri PreciSense, ia dapat mengimbas rumah dan mencipta serta memberikan pemetaan 3D untuk meningkatkan kemudahan pembersihan apabila korang menetapkan zon larangan, seperti kawasan yang mempunyai banyak kabel atau bilik mandi. Mudahnya!

5. Buat Rutin Sendiri Dengan Aplikasi Roborock

Walaupun kita dah ada alat untuk membersihkan rumah, tapi mesti kita akan terlepas pandang untuk buat betul tak? Haa, dengan Roborock Q Revo, korang boleh buat rutin pembersihan harian sendiri menggunakan aplikasi Roborock saja tau! 

Melalui aplikasi ni, korang boleh buat rutin untuk membersihkan seluruh rumah, bilik tertentu atau kawasan yang kerap digunakan seperti dapur. Siap boleh set masa lagi bila untuk buat semua rutin ni! Senang kan? 

Nikmati Promosi Hebat Dengan Roborock!

Wah, banyak juga kelebihan yang ada pada Roborock Q Revo ni kan? Jadi, korang tunggu apa lagi, kami sarankan korang untuk dapatkan satu untuk letak di rumah! Barulah kebersihan rumah terjamin!

Psst, untuk korang yang berminat untuk dapatkan vakum ini, korang boleh dapatkan pada secara atas talian di Shopee dan Lazada hanya pada RM3,799 saja tau! 

Tapi sempena 7.7 ni korang boleh dapatkannya pada harga promosi RM3,499. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini okay?!

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial Roborock di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas