Connect with us

Oh! Media

Beri ‘Sinar’ Pada Masa Depan Kanak-Kanak, vivo & World Vision Kolaborasi Dalam “Give It A Shot”

Branded

Beri ‘Sinar’ Pada Masa Depan Kanak-Kanak, vivo & World Vision Kolaborasi Dalam “Give It A Shot”

Demam Piala Dunia FIFA 2022 semakin hampir ke kemuncaknya, negara manakah yang bakal meraih ‘title’ juara dan menjadi kuasa bola sepak dunia? 

Adakah Maghribi dapat mencipta kejutan dengan melangkah ke final atau atau Perancis bakal mengekalkan kejuaraan mereka? 

Sama-sama kita nantikan..

Cakap tentang FIFA 2022 ni kan, korang tau tak yang jenama telefon pintar vivo, merupakan satu-satunya jenama daripada telefon mudah alih yang menjadi penaja untuk Piala Dunia kali ini?

Ini merupakan satu langkah berani yang diambil oleh vivo bagi mengukuhkan jenama mereka di peringkat antarabangsa. Rasanya mesti ramai dah kenal jenama vivo ni kan?!

vivo “Give It A Shot” Kolaborasi Bersama Badan Amal World Vision 

Salah satu prinsip yang yang dipegang oleh vivo ialah untuk sentiasa berkongsi kegembiraan dengan menggalakkan masyarakat untuk menunjukkan rasa kasih sayang melalui penglibatan dalam program amal/kebajikan

Menerusi tajaan bagi sukan berprestij seperti Piala Dunia FIFA 2022 ia menjadi platform terbaik bagi vivo untuk mencapai visi mereka.

Seperti yang kita tahu, tak semua orang bernasib baik di dunia ini. Ada yang terpaksa menghadapi kesukaran dari kecil sehingga terpaksa melupakan impian dan cita-cita mereka.

Terpanggil untuk membantu dan pada masa yang sama menunjukkan kasih sayang, vivo bekerjasama dengan World Vision menerusi cabaran “Give It A Shot”.

Untuk pengetahuan, World Vision merupakan organisasi kemanusiaan antarabangsa yang diasaskan pada tahun 1950, memfokuskan membantu kanak-kanak, keluarga dan komuniti yang kurang bernasib baik bagi mengatasi masalah kemiskinan dan ketidakadilan.

World Vision merupakan salah satu organisasi bantuan dan pembangunan kemanusiaan terbesar di dunia dan telah membantu lebih 100 juta menerusi kira-kira 5,000 projek yang dilaksanakan. Wow!

Di Malaysia, World Vision Malaysia (WVM) telah ditubuhkan pada tahun 1997 melalui kerjasama dengan World Vision International.

Sebagai pertubuhan kemanusiaan yang memfokuskan kepada kanak-kanak, kolaborasi antara jenama besar vivo semestinya dapat membantu memberi tumpuan kepada kesejahteraan mampan kanak-kanak, terutamanya mereka yang datang daripada keluarga yang kurang bernasib baik.

Tapi korang tau tak, yang korang juga boleh sama-sama membantu menyumbang kepada kempen di antara vivo dan World Vision menerusi cabaran “Give It A Shot”. Bestnya!

“Give It A Shot” & Menangi Merchandise Eksklusif World Cup!

Memandangkan di Malaysia boleh dikatakan semua orang sukakan bola sepak, kolaborasi vivo dan World Vision Malaysia bagi cabaran ‘Give It A Shot” merupakan satu inisiatif yang sangat baik bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Challenge ni senang je tau, korang hanya perlu upload video korang mempamerkan skill bola sepak di media sosial dan daripada setiap video RM1 akan disumbangkan ke World Vision Malaysia. 

Inilah masanya nak brag skill korang dekat media sosial sambil tu boleh beramal. 

Challenge ni adalah salah satu galakkan rakyat Malaysia untuk mempamerkan kemahiran bola sepak korang sambil memberi kembali kepada golongan yang memerlukan. Mana tau satu hari nanti ada wakil dari Malaysia kat Piala Dunia atau negara kita sendiri masuk Piala Dunia.

Tak salah pasang impian kan?

Macam mana nak sertai?

Langkah 1: Rakam video korang tendang bola

Langkah 2: Muat naik video ke mana-mana media sosial (Facebook, Instagram, TikTok) dengan hashtag #vivogiveitashotchallenge dan #vivoMYxFIFA. Pastikan akaun korang dalam mood dibuka kepada orang ramai.

Langkah 3: Tag 2 kawan korang dalam kapsyen untuk join sekali cabaran yang baik ni!

Duta vivo tempatan ajak masyarakat beramal

Haa… Dalam pada tu, duta vivo tempatan seperti Hael Husaini, Danny Khoo dan okokmou (Madelaine Ang) ajak korang sama-sama untuk sertai cabaran ni bagi mencipta hari esok yang lebih baik untuk kanak-kanak di Malaysia. 

Dah jangan tunggu lagi, set time main bola malam ni dan suruh kawan korang rakam aksi korang tendang bola dengan penuh gaya.

Maklumat lanjut tentang telefon pintar terbaru vivo V25 Pro layari https://www.vivo.com/my.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas