Connect with us

Oh! Media

Barang Basah Dijangka Naik Harga RM3 Hingga RM5 Bulan Ramadan Ini

Oh! Lifestyle

Barang Basah Dijangka Naik Harga RM3 Hingga RM5 Bulan Ramadan Ini

Dalam kita bakal menyambut bulan Ramadan tak lama lagi, keperluan barang dapur di rumah adalah amat penting untuk dibeli.

ADVERTISEMENT

BACA: Laluan MRT Putrajaya Akhirnya Dibuka, Tambang Percuma Hingga 31 Mac

Terkini, harga bagi barangan disebut dijangka meningkat daripada RM3 hingga RM5 pada bulan puasa ini. Allahu, betul ke ni?

Harga naik

barang

Menurut laporan Sinar Harian, tinjauan di Pasar Besar Bachok mendapati rata-rata peniaga mengeluh kerana terpaksa berdepan dengan situasi itu. Mereka memaklumkan permintaan tinggi selain cuaca tidak menentu merupakan punca harga barang naik.

Salah seorang peniaga, Raja Zatil Hidayah Raja Abdullah berkata bahawa harga sayuran sukar diramal kerana mereka hanya ‘orang ketiga’.

Seperti hari ini (Selasa) timun naik RM2 sekilogram berbanding sebelumnya hanya RM5 dan dijangka Ramadan nanti ia akan mencecah hingga RM8.

Manakala pemborong ikan, Datuk Zulkifli Mohd Yakob juga memberitahu harga ikan juga mengalami kenaikan kerana nelayan tempatan kurang turun ke laut pada bulan puasa.

Ia bergantung kepada stok yang ada, jika bekalan sukar diperoleh kita terpaksa naikkan harga namun bukan sesuka hati tetapi mengikut kadar yang ditetapkan.

Manakala buat pembekal ayam pula, harga ayam masih lagi stabil dan kekal RM9.40 satu kilogram. Haih, semoga kita semua dapat bersedia pada bulan Ramadan ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas