Connect with us

Oh! Media

Laluan MRT Putrajaya Akhirnya Dibuka, Tambang Percuma Hingga 31 Mac

Oh! Lifestyle

Laluan MRT Putrajaya Akhirnya Dibuka, Tambang Percuma Hingga 31 Mac

Seperti yang dinanti ramai, perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya kini telah bermula beroperasi sepenuhnya bermula pada hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Senarai Stesen Dan Peta Laluan MRT3 Yang Bakal Dibina Kelak

Hasil kejayaan MRT Corp dan pelaksanaan kereta api tersebut telah membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi pemberian tambang percuma perkhidmatan itu. Wow, betul ke?

Tambang percuma

mrt
kredit: The Star

Beliau memaklumkan tambang percuma itu termasuk perkhidmatan mrt dan bas perantara meliputi MRT Laluan Putrajaya dari Kwasa Damansara hingga ke Putrajaya Sentral.

Dan kerana kejayaan MRT Corp dan pelaksanaan MRT ini, saya bersetuju mulai hari ini jam 3 petang, kita tidak akan kenakan bayaran bagi yang menggunakan sehingga 31 Mac.

Perkhidmatan tersebut melibatkan laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral sepanjang 57.7km dengan 36 stesen termasuk sembilan stesen bawah tanah.

Wahh, lepas ini mudahlah nak bergerak ke mana-mana bukan?

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas