Connect with us

Oh! Media

Bapa Risau Dengan Masa Depan Anak Perempuan Kerana Masih Belum Dapat Warganegara

warganegara

Oh! Lifestyle

Bapa Risau Dengan Masa Depan Anak Perempuan Kerana Masih Belum Dapat Warganegara

Pernah tak jumpa orang yang dah lama menetap dekat Malaysia tapi sebenarnya masih belum dapat kewarganegaraan Malaysia? Ohmedia timbulkan persoalan ini selepas membaca kisah Wong dan isterinya yang masih gagal mendapatkan kewarganegaraan untuk anak angkat mereka.

ADVERTISEMENT

Tapi kisah dan masalah Wong ni lain sikit apabila dia dan isteri memutuskan untuk ambil anak angkat. Ini selepas isterinya didapati menhidap kegagalan ovari pramatang pada usia 18 tahun lagi.

Pada tahun 2019, mereka mengambil anak angkat perempuan yang baru lahir dari pusat perlindungan bayi yang telah didaftarkan di bawah syarikat swasta. Bayi perempuan itu ditinggalkan oleh ibu kandungnya sendiri.

Maklumat ibu bapa kandung bayi tidak dapat disahkan…

Malangnya, maklumat tentang kedua ibu bapa kandung bayi itu tidak dapat dipastikan menyebabkan bayi itu tidak diberikan kewarganegaraan. Sijil kelahiran yang dikeluarkan juga mengisytiharkan bayi itu sebagai bukan warganegara.

Pada tahun 2020, Wong dan isterinya memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan untuk anak perempuannya itu dibawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak.

Kami telah melalui pelbagai proses undang-undang, kami sudah beri semua kenyataan dan pergi ke mahkamah.

Tetapi kementerian dalam negeri memaklumkan kami bahawa mereka sedang memproses permohonan dari 2016 hingga 2019. Memandangkan kami memfailkan permohonan kami pada 2020, kami terpaksa menunggu. – Kata Wong.

Lebih 3 tahun tunggu jawapan tapi masih buntu…

Semakin lama menunggu, semakin risau dibuatnya apabila Wong mendengar perkongsian keluarga lain yang turut hadapi masalah sama.

Saya mahu membuka akaun bank untuk dana pendidikannya,  tetapi saya tidak boleh kerana dia tidak mempunyai kewarganegaraan.

Saya perlu membayar caj asing di hospital kerajaan apabila dia sakit. Tambahan, saya juga perlu membayar kadar asing untuknya.

Pada tahun 2021, mahkamah tertinggi memutuskan bahawa anak yang dilahirkan di Kuala Lumpur dan diambil sebagai anak angkat oleh pasangan tempatan dianggap sebagai rakyat Malaysia.

Keputusan itu sepatutnya menjadi contoh kepada kerajaan dalam memberikan kerakyatan kepada kanak-kanak terbiar yang butiran ibu bapanya tidak dapat ditentukan.

Wong dan isteri tetap terus menunggu dan bimbang tak dapat daftar anak angkat masuk alam persekolahan…

Pada masa ini, anak perempuan mereka bersekolah di prasekolah swasta. Tetapi ia akan menjadi cabaran bagi keluarga untuk mendaftarkannya di sekolah rendah kerajaan tahun depan.

Oleh kerana anak perempuan saya tidak mempunyai MyKid, kami tidak diberi akses untuk mendaftarkannya melalui portal dalam talian kerajaan.

Kami menemui pegawai pendidikan negeri tahun lepas ketika dia berumur lima tahun, dan mereka berkata datang semula pada penghujung tahun ini untuk mengetahui sama ada terdapat slot kosong untuknya di sekolah yang kami mahukan.

Wong anggap ini satu diskriminasi…

Mereka juga diberitahu bahawa anak mereka perlu memulakan sekolah dua minggu selepas anak-anak lain, kerana tempatnya bergantung pada kekosongan.

Pada usia lima tahun sahaja, gadis kecil itu sudah mempunyai impian besar untuk masa depan, dan ingin menjadi ballerina atau juruterbang apabila dia dewasa nanti.

Tetapi tanpa kerakyatan, masa depannya akan musnah. Wong dan isterinya mahu anak perempuan mereka menjadi warganegara yang baik yang menyumbang kepada komunitinya.

Kredit: MalaysiaNow

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas